Cabaran terakhir pelajar hari ini ialah sesi pembentangan hasil kerja eCreative
Challenge. Farah dan Nabil sebagai pembentang utama manakala Siti dan Naif
mengawal paparan dan pergerakan permainan yang dihasilkan. Selesai sahaja pembentangan,
mereka mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Hmmmmm nampak ada harapan di
situ hihihihi tak sabar tunggu majlis penutup petang ni.
Pasukan Malaysia telah berjaya
merangkul 3 pingat di pertandingan peringkat antarabangsa ini. Acara berkumpulan
memenangi pingat perak (Excellent Award) eCreative Challenge. Naif
memperolehi pingat gangsa (Good Award) acara individu eTool Challenge
(Visual Disabilities). Farah juga memperolehi pingat gangsa (Good Award)
acara individu eLifeMap Challenge (Developmental Disabilities). Tahniah
dan syabas kepada mereka yang telah berjaya menyertai pertandingan ini dan
membawa pulang pingat.
Majlis penutup dan
penyampaian hadiah belum berakhir, Farah dah berlari meninggalkan majlis sambil
menjerit- jerit menuju ke pintu utama melalui barisan VIP. Dia mengamuk,
menghempas diri dan berguling-guling di lantai, ada sukarelawan yang datang
ingin membantu, semakin galak menjadi-jadi amukannya. Saya meminta agar mereka
meninggalkan hanya kami berdua dan buat tak nampak apa yang berlaku. Bila
mendapat perhatian, memang semakin menjadi-jadilah perangai dia nanti. Dia
seperti seorang yang hilang akal, segala percakapannya di luar sedar hanya
kerana tidak mendapat pingat emas yang melayakkan pemenang menerima hadiah laptop.
Dengan tenaga luar biasa, segala tindakan luar kawalnya sangat kuat, tepisan,
tumbukan dan pukulannya aku dapat petang itu. Bila dipeluk, meronta-ronta
melepaskan diri, akhirnya dapat juga aku tenangkannya setelah mencuba dalam 10
minit. Aku bawa dia balik ke bilik, “kita settle kat bilik!”.
Mesej WhatsApp bertubi-tubi masuk daripada rakan jurulatih di Malaysia untuk membuat persiapan banner sambutan pulang ke tanahair. Gambar-gambar kecemerlangan diperlukan, tetapi belum dapat menenangkan ‘anak bertuah’ yang seorang ni. Aku tak beritahu mereka apa yang sedang berlaku, terpaksa mendiamkan diri buat sementara waktu. Bila semuanya settle, barulah dapat snap gambar yang diperlukan.

0 comments:
Post a Comment