Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian ilmu pengajaran pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian bahan pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian maklumat pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian idea pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Sama-sama belajar meningkatkan kemahiran mendidik pelajar pendidikan khas.

Wednesday, September 28, 2016

Hari Inovasi IPG Peringkat Kebangsaan





Kemenangan demi kemenangan meniupkan semangat untuk mencuba lagi sesuatu yang baharu dalam hidup aku. Kali ini kita test market inovasi pulak di pertandingan Hari Inovasi IPG Peringkat Kebangsaan anjuran IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

Kali ini “Kit Pembelajaran Komputer Saya” digabungkan bersama “Kit Pembelajaran Huruf Al-Quran” yang mempunyai video pembelajaran, real time games yang dibangunkan menggunakan perisian Scratch 2.0, buku latihan bergred dan puzzle Tarsia. Aku tidak dapat turut serta semasa sesi pembentangan berlangsung dan diwakili oleh rakan sejawat En Zahari bin Satari dan Pn Norlida Hashim kerana berada di Shah Alam untuk latihan The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities.

Rezeki Anugerah Perak diperolehi untuk penyertaan inovasi kali pertama berkumpulan. Lesson learnt, aku dah dapat bezakan keperluan dan kehendak berbeza setiap pertandingan. Inovasi mesti dipasarkan, orang lain berkongsi sama kelebihan hasil inovasi, bukan setakat buat dan guna pakai sendiri sahaja.