Murid berkeperluan khas adalah unik. Ada yang sekelas tetapi tahap kognitif mereka berbeza. Oleh yang demikian, guru pun perlu sediakan lembaran kerja yang berbeza mengikut tahap murid tersebut. Topik atau silibus masih boleh sama tetapi latihan tetap berbeza.
Untuk menyediakan lembaran kerja yang berbeza, guru juga perlu menyediakan lembaran kerja yang menarik, mudah faham dan mempunyai kekuatan. Selain daripada itu juga, guru perlu kreatif dalam menyediakan lembaran kerja. Jangan lupa juga masukkan identiti lembaran anda sendiri, baru lah nampak cikgu khas pun unik!
Jom kita check list macamana rupa lembaran kerja yang sesuai dengan murid khas ni :
- Ada border atau gap antara muka surat, arahan, ruang tulisan.
- Hanya satu topik/perkara dalam setiap muka surat.
- Arahan perlu jelas.
- Gambar yang digunakan jelas dan tidak pecah (yang ni ada banyak steps boleh dipecahkan lagi. Nanti kita buka topik khas untuk penggunaan gambar)
- Ruang nama (jika lembaran, jika buku kerja cukup nama di muka surat hadapan) tarikh dan hari. Untuk buat booklet pun ada beberapa steps yang boleh diperincikan lagi dalam topik lain.
- Gunakan header & footer untuk masukkan muka surat dan topik atau pun nama anda serta lencana sekolah.
- Gunakan jenis fonts yang sesuai. Contohnya font sambung titik-titik bagi tahap 1, font yang mempunyai 4 garis untuk tahap 2 dan ruang tulisan yang sesuai untuk tahap 3.
- Jika anda memilih untuk gunting dan tampal, apa kata anda cuba pula scan, bina sendiri lembaran kerja anda dan masukkan gambar yang anda scan tadi.
Semoga perkongsian ini bermanfaat...☺
cikgu.. mcm mn ye nk berurusan ngn cikgu nk tnya sokln
ReplyDelete