Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian ilmu pengajaran pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian bahan pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian maklumat pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian idea pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Sama-sama belajar meningkatkan kemahiran mendidik pelajar pendidikan khas.

Friday, September 21, 2018

Cara setkan pelbagai format Page Number dalam satu dokumen MS Word

Guna Styles sudah, buat Table of Content pun sudah. Tau tak, dalam satu dokumen MS Word kita boleh setkan banyak stail penulisan Page Number. Kalau yang belum tahu jom kita ambil tahu. Kalau nak buat 3 stail, dokumen tersebut perlu dibahagikan kepada beberapa section untuk membolehkan Page Number dibuat ikut bahagian dengan stail tersendiri. Sebagai contoh fail laporan ni aku bahagikan kepada :
  1. Muka Hadapan (tak ada page number)
  2. Jadual Kandungan, Penghargaan, Abstrak (guna stail Page Number huruf roman)
  3. Isi kandungan laporan (guna Page Number stail nombor biasa)

Boleh rujuk gambar ni untuk buat section. Letakkan kursor pada point pertama section ke dua. Pilih Layout > Breaks > Next Page.

Lepas tu double click kat kawasan footer > Design > Page Numbers > Format Page Numbers.

Setkan macam biasa kita buat Page Numbers tu... Pilih Format Number nombor roman kecil > Klik OK


Kali ni kita setkan section 3 pulak. ulang langkah tadi.

Section isi kandungan laporan ni setkan Page Number dengan menggunakan format nombor biasa. OK!

Ok dah siap cara mudah nak buat laporan menggunakan MS Word dengan gaya yang paling bergaya. Moga berjaya! 😊

Thursday, September 20, 2018

Buat jadual kandungan automatik dalam MS Word

Posting terdahulu ni kita dah buat laporan guna Styles, so kita dah mudah nak buat jadual kandungan. Ye la kan, dah siap semua laporan, kena la ada table of contents di bahagian hadapan laporan kan. Jom kita buat langkah-demi langkah.


Letak kursor di ruangan mana kita nak letak muka surat kandungan tu. Kemudian pilih References > Table of Contents > Pilih stail automatic.


Edit la tajuk, fonts kandungan dan kedudukan ikut citarasa masing-masing. Lepa tu Update Table

Last sekali last update segala isi perut dokumen, sila update table of content untuk pastikan jadual kandungan up-to-date.

Kalau nak tau macamana nak setkan format muka surat berbeza dalam dokumen yang sama boleh tengok kat sini. Moga bermanfaat 😊

Wednesday, September 19, 2018

Cara mudah set Numbering Style dalam MS Word

Taip dokumen guna MS Word kan? Buat laporan pun biasa buat kat situ. Ada kala kita rasa annoying sangat dengan numbering format asyik 'lari' je huhuhu.. Contoh nak taip 1.0 lepas tu ada anak 1.1, ada anak lagi 1.1.1 dan lagi dan lagi, bila edit lari.. kukejar kau lari... Jom kita kejor yang lari tu dengan cara lebih smart iaitu guna fungsi Styles, Heading.

Dokumen yang dah smart guna style

 Sediakan senarai yang nak diformatkan nombor tanpa sebarang nombor macam ni ya, tak perlu letak apa-apa nombor di hadapan. Kat sini senarai tajuk dan sub tajuk dalam laporan Kajian Tindakan format EPRD.
Senarai Tajuk dan sub tajuk
 Langkah seterusnya boleh tengok dalam gambar ni ya.

 Lagkah yang ni paling penting ya, sila ikut gambar yang ni. Kat sini suka diingatkan, kena betul-betul setkan format jenis, saiz font, spacing, warna dan sebagainya supaya mudah di kemudian hari.


 Ni pun penting nak setkan numbering style macamana yang korang nak guna. Kita setkan sekali je lepas tu boleh guna bila-bila masa.

Ok, dah siap setting, sekarang masa nak apply apa yang kita dah setkan tadi. Just highlight row tajuk yang kita nak setkan sepas tu pilih heading style yang berkenaan. Kalau ada senarai yang tertinggal, bila-bila masa je boleh swap in. Numbering tak lari lagi dah.. kita pun tak pening cemana nak ejas numbering je.

Bila dah siap set heading style & numbering tu, sekarang masa nak guna magic dia hihihi magic sangat. Kalau dokumen panjang beratus muka surat macam tesis tu fuhhh jenuhhh oii mau scroll up down cari. Dengan cara guna Navigation Pane ni amatlah membantu.. cuma klik tajuk mana kita nak gi, terus word bawa anda ke point tajuk tersebut.


Sekian untuk kali ini. Bila dah ada macam ni, lagi mudah nak buat auto jadual senarai kandungan. Tak yah susah-susah nak semak satu-satu ehh senarai kandungan salah ehh dok kat mukasurat mana pulak tajuk yang ni.. Ok, tu kita jumpa di sini 😊