Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian ilmu pengajaran pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian bahan pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian maklumat pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian idea pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Sama-sama belajar meningkatkan kemahiran mendidik pelajar pendidikan khas.

Friday, November 17, 2017

Sistem Fail Bagi Program Pendidikan Khas Integrasi

1. Fail AM Pendidikan Khas
 Surat berkaitan urusan kelas pendidikan khas di sekolah. Fail ini disimpan di pejabat sekolah. Satu salinan fail (pendua) hendaklah disimpan di kelas pendidikan khas untuk memudahkan rujukan.

2. Fail Panitia Pendidikan Khas
• Sukatan & Huraian Kurikulum Pendidikan Khas,
• Senarai nama dan maklumat guru-guru pendidikan khas
• Jadual Waktu Induk dan Jadual Waktu Peribadi guru-guru pendidikan khas
• Senarai Peralatan (Inventori ) Kelas Pendidikan Khas
• Minit mesyuarat
 • Takwim Tahunan Kelas Pendidikan Khas
 • Kertas Kerja Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas
 • Salinan surat menyurat setiap Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas
 • Laporan Aktiviti / Projek Kelas Pendidikan Khas
• Jadual Pencerapan P&P guru -guru pendidikan khas
• Pekeliling-pekeliling berkaitan pendidikan khas (disimpan di bilik Pengetua / Guru Besar dan di kelas pendidikan khas)

3. Fail Maklumat Kelas Pendidikan Khas
• Pekeliling-pekeliling Pendidikan Khas
• Borang Biodata Guru Pendidikan Khas
• Borang Biodata Murid Pendidikan Khas
• Statistik Murid Pendidikan Khas
• Jadual Waktu Induk Kelas dan Jadual Waktu Peribadi Guru Pendidikan Khas,
• Rekod ujian / peperiksaan murid pendidikan khas,
• Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

4. Fail Mata Pelajaran
• Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran,
• Senarai buku-buku teks dan buku-buku rujukan
• Maklumat semasa mengenai mata pelajaran
• Senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunakan
• Minit mesyuarat panitia mata pelajaran sekolah
• Jadual peperiksaan / penilaian,
• Soalan-soalan peperiksaan / penilaian
• Rumusan pencapaian setiap murid pendidikan khas selepas setiap peperiksaan / penilaian
• Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

5. Fail Laporan Status Program Pendidikan Khas
 Fail ini diwujudkan untuk menyimpan salinan Laporan Status Program Pendidikan Khas yang wajib dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing (u.p. Pegawai Khas Pendidikan Khas) pada setiap bulan. Penolong Kanan / Penyelaras Pendidikan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini fail ini.

6. Fail Peribadi Murid Pendidikan Khas ( I-File)
• Borang Biodata Murid Pendidikan Khas,
• Surat Tawaran Penempatan ke Program Pendidikan Khas (Dalam Tempoh Percubaan) bagi murid berkenaan dari Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPN Johor
• Salinan ‘Lampiran A’ murid,
 • Surat Pengesahan Penempatan ke Program Pendidikan Khas bagi murid berkenaan (jika murid itu lulus tempoh percubaan) dari Unit Pendidikan Khas, Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, JPN Johor.
• Salinan Borang Pendaftaran dan Cadangan Penempatan Kanak-Kanak Keperluan Khas (0-18 Tahun) murid atauBPKKK 1 (Pindaan 2012)
• Salinan Borang Pertukaran Sekolah murid - (jika ada)
• Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan murid
 • Salinan Kad Pengenalan ibu bapa / penjaga
 • 3 keping gambar murid berukuran pasport
 • Salinan Kad Orang Kurang Upaya murid
 • Kad atau Buku Kesihatan Murid
• Salinan Sijil Penyertaan dan Sijil Penghargaan yang diterima oleh murid
 • Rekod Prestasi Murid dan Laporan Pencapaian Akademik Murid
 • Salinan fotostat muka depan Buku Akaun BSN murid
 • Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan murid.

7. Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI)
 Guru mata pelajaran bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini Fail Rancangan Pengajaran Individu (RPI) setiap murid mengikut mata pelajaran yang perlu.

8. Fail Kokurikulum Pendidikan Khas
• Jawatankuasa Kokurikulum Pendidikan Khas
• Jadual Waktu pelaksanaan aktiviti kokurikulum pendidikan khas
• Rekod kehadiran guru dan murid pendidikan khas
• Maklumat mengenai jenis-jenis aktiviti kokurikulum pendidikan khas yang dijalankan pada setiap sesi
• Kertas kerja setiap program / aktiviti kokurikulum pendidikan khas yang akan dilaksanakan
• Salinan surat menyurat pelaksanaan setiap aktiviti kokurikulum pendidikan khas
• Laporan setiap program / aktiviti kokurikulum pendidikan khas yang telah dilaksanakan
• Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

9. Fail Program Inklusif
 • Jawatankuasa Program Inklusif,
 • Kertas kerja perancangan dan pelaksanaan Program Inklusif,
 • Jadual Waktu guru dan murid pendidikan khas yang terlibat,
 • Biodata murid pendidikan khas yang diinklusifkan,
• Rekod kehadiran murid pendidikan khas ke kelas inklusif,
 • Salinan surat menyurat pelaksanaan Program Inklusif,
 • Laporan sebelum pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan penilaian serta tindakan susulan,
 • Rekod prestasi murid pendidikan khas,
• Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

10. Fail Disiplin Pendidikan Khas
• Jawatankuasa Disiplin Pendidikan Khas,
• Biodata murid pendidikan khas yang dikenakan tindakan disiplin,
• Catatan jenis masalah disiplin, masa dan tarikh ia berlaku,
• Cadangan model pengubahsuaian tingkahlaku untuk membantu murid pendidikan khas tersebut,
• Surat pemakluman kepada ibu bapa / penjaga berkenaan,
• Surat perjanjian dengan ibu bapa / penjaga berhubung dengan pelaksanaan pengubahsuaian tingkahlaku ke atas anak mereka,
• Rekod perkembangan semasa disiplin murid pendidikan khas tersebut,
 • Laporan akhir setelah masalah disiplin itu berjaya ditangani.

11. Fail Kad Harta Modal
• Daftar senarai item,
• Kad Harta Modal setiap item yang dibeli atau dibekalkan yang mengandungi maklumat seperti tarikh pembelian atau penerimaan, jumlah unit dibeli atau diterima, syarikat pembekal, harga seunit, jenama, dan lain-lain,
• Salinan invois pembelian setiap item,
 • Salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) setiap item yang dibekalkan.

12. Buku Stok
 Buku stok diperolehi daripada pejabat sekolah.

13. Laporan Mingguan Guru Pendidikan Khas Bertugas
 Laporan dalam bentuk buku catatan atau helaian borang laporan yang boleh difailkan. Kandungan laporan guru bertugas adalah seperti berikut :
• guru pendidikan khas yang tidak hadir,
 • murid pendidikan khas yang balik awal,
 • murid pendidikan khas yang sakit,
 • guru pendidikan khas yang keluar untuk tugas rasmi,
 • murid pendidikan khas yang ponteng selepas rehat,
 • lawatan atau kunjungan dari pihak luar,
 • hal-hal lain.

14. Senarai Fail SPBT
  
NO. FAIL
NAMA FAIL
KANDUNGAN FAIL
01
Pengurusan Am
1.      Minit fail
2.      Takwim SPBT
3.      Carta Organisasi
4.      Peraturan SPBT sekolah
5.      Surat lantikan penyelaras  / Guru SPBT
02
Pekeliling SPBT
1.      Mint fail
2.      Surat Pekeliling Ikhtisas berkaitan SPBT
3.      Surat Siaran berkaitan SPBT
4.      Surat Arahan Pentadbiran berkaitan SPBT
5.      Surat makluman berkaitan SPBT daripada KPM/BBT
03
Surat-menyurat Berkaitan dengan SPBT
1.      Minit fail
2.      Surat-menyurat berkaitan pesanan dan bekalan
3.      Surat-surat edaran daripada BBT/JPN/PPD/JAIN
4.      Salinan surat makluman / tindakan / jawapan daripada sekolah ke BBT/JPN/PPD/JAIN
04
Rumusan Enrolmen Murid, Borang Keperluan dan Penyata Bekalan
1.      Rumusan enrolmen murid mengikut tahun / tingkatan
2.      Borang BTBT190*
3.      Penyata BTBT460*
4.      Cetakan eMateks
5.      Rekod Buku Teks Lebih Kurang (BTLK)
*Disimpan 5 tahun
Pihak sekolah boleh mengadakan pembahagi (divider) atau folder untuk asingkan maklumat mengikut tahun
05
Sijil Akuan Penerimaan / Invois/ Nota Serahan
1.      Salinan Sijil Akuan Penerimaan (SAP) atau
2.      Salinan Invois
3.      Salinan Nota Serahan
*Disimpan 7 tahun
06
Rekod Pinjaman Buku Teks
1.      Borang SPBT G
*Disimpan 5 tahun
07
Pelupusan Buku Teks SPBT
1.      Minit fail
2.      Salinan surat-menyurat permohonan pelupuan
3.      Salinan surat kelulusan daripada ANM
4.      Salinan Borang Arkib 2/08
5.      Salinan Borang Arkib 12/08 bersama-sama dengan bukti pelupusan (gambar, resit, jualan)
08
Rekod Buku Hilang / Rosak dan Gantian
1.      Minit fail
2.      2. Surat makluman kepada ibu bapa / penjaga
3.      Dokumen, penyata dan laporan kehilangan, musnah dan gantian buku teks SPBT
09
Penyeliaan / Pemantauan dan Aduan
1.      Minit fail
2.      Dokumen atau surat laporan, teguran hasil penyeliaan dan pemantauan BBT/JPN/JAIN/Nazir?Audit serta aduan ibu bapa


15. Buku Stok SPBT


Tuesday, April 11, 2017

Jenis Fonts Peringkat Awal Menulis

Jenis huruf yang digunakan dalam pembinaan lembaran kerja dan item pentaksiran sangat mempengaruhi murid berkeperluan khas. Ciri-ciri jenis tulisan telah dibincangkan dalam post Fonts sesuai untuk murid pendidikan khas.

Kali ini saya kongsikan jenis tulisan yang biasa saya gunakan. Semua jenis fonts ini menggunakan saiz 18 poin. Anda boleh bezakan saiz antara tulisan walaupun menggunakan poin saiz yang sama.






Semua fonts tersebut boleh download folder fonts kemudian cara-cara install ditunjukkan di sini.


Monday, February 6, 2017

Trik Tarsia

Tarsia



Tarsia FAQ #1: 
How to I get spaces between the words? 
Style -> Text 

Tarsia FAQ #2: 
How do I get accents on the letters? 
Style -> Text, then use the ALT + number codes

Tarsia FAQ #3: 
How do I select a different font? 
Style -> Text, then Style -> Define

Tarsia FAQ #4: 
How do I change the size of the font on my puzzle pieces? 
In Output view, click on the button with the little magnifying glass with coloured squares at the top.

Tarsia FAQ#5: 
How do I change to a different kind of puzzle without losing the words I've typed in? 
File -> Properties, click Change Document Type

Friday, February 3, 2017

Kahoot! Kuiz interaktif untuk pendidikan khas


Kahoot! merupakan kuiz interaktif secara online untuk merangsang minat murid semasa proses PdPc. Aplikasi ini dapat digunakan melalui pelbagai peranti antaranya ialah komputer, tablet dan telefon pintar.


Ini ialah Kahoot! yang dibina untuk mata pelajaran English for Communication Pendidikan Khas Tingkatan 1. 


Nombor pin yang perlu dimasukkan oleh pelajar untuk menyertai kuiz interaktif Kahoot!


Kuiz ini mengandungi 10 soalan yang perlu dijawab oleh pelajar.



Pelajar masukkan nombor pin kuiz untuk meneruskan permainan. Okey, nak tau reaksi murid berkeperluan khas guna kuiz Kahoot! ni kena tunggu minggu depan ye. Bagi sesiapa yang berminat buat kuiz Kahoot! ni boleh la tengok tutorial video di bawah. Selamat mencuba!!!

Monday, January 30, 2017

BIODATA



Cikgu Liz: 

HALIZAH BINTI AHMAD


Perjawatan:   

GURU PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SMK BANDAR KOTA TINGGI
(2015 - sekarang)

SMK TAMAN KOTA JAYA, KOTA TINGGI
(2008 -2015)


Kelulusan:    

SARJANA PENDIDIKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN - UTM
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER - UTM
DIPLOMA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) - UPSI
SPM - SM TEKNIK MELAKA
PMR - SM PEKAN BARU, MUAR
SK SERI MERLONG, BATU PAHAT
SK PARIT LATIFF, MUAR


Pencapaian:

ANUGERAH GURU INOVATIF (SEKOLAH MENENGAH)
DAERAH KOTA TINGGI 2017

ANUGERAH GURU PENDIDIKAN KHAS
DAERAH KOTA TINGGI 2016

JOHOR ICT LEADER AWARD
PERTANDINGAN ICT CHALLENGE FOR SPECIAL NEEDS PERINGKAT NEGERI
9 MEI 2016

JOHAN (LEARNING CONTENT)
MALAYSIA ICT CHALLENGE FOR SPECIAL NEEDS
27 MEI 2016 

ANUGERAH EMAS & ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN
PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PERINGKAT KEBANGSAAN
DI IPGK TEMENGGONG IBRAHIM, JB
23 OGOS 2016

ANUGERAH PERAK
HARI INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN DI IPGK THO, BP
28 SEPTEMBER 2016

TOKOH GURU PENDIDIKAN KHAS KOTA TINGGI 2016
ANUGERAH TERBILANG GURU PENDIDIKAN KHAS KOTA TINGGI
MAJLIS APRESIASI & GRADUASI PENDIDIKAN KHAS KOTA TINGGI 2016

JURULATIH & CHAPERON
THE 2016 IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES
YANGZHOU, CHINA
20 - 25 NOVEMBER 2016
(1 PERAK, 2 GANGSA)

Saturday, January 28, 2017

Cara masukkan fail *.swf (flash) dalam blog entri

Cara nak masukkan fail *.swf atau pun dikenali sebagai flash ke dalam blok entri anda macam entri Aplikasi Android Pendidikan Khas ni . Banyak cara dah cuba zaman mula-mula kenal blog, akhirnya jumpa cara yang paling aku suka.. hehehe orang lain tak suka, tak apa. Caranya :
  1. Upload fail *.swf dalam sites google atau mega swf sites lain.
  2. Copy file location di sites google attachment.
  3. Create new post.
  4. In post entry editor select Edit HTML
  5. Paste HTML kod ini <div style="text-align: center;">
    <object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=9,0,45,0" height="450" width="600"> <param name="movie" value="https://sites.google.com/site/hailizyusof/config/pagetemplates/flash-liz/AnswerQuestion.swf?attredirects=0" />
    <param name="quality" value="high" />
    <param name="menu" value="false" />
    <embed src="https://sites.google.com/site/hailizyusof/config/pagetemplates/flash-liz/AnswerQuestion.swf?attredirects=0" quality="high" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" width="600" height="450"></embed> </object></div>
  6. Edit kod yang berwarna merah. Paste location fail *.swf anda untuk menggantikan kod berwarna merah tersebut.
  7. Publish post and view.
  8. Haaaa sekarang fail *.swf anda dah terpapar di blog entri anda! Suka tak? Kalau suka, jom share entri ni ☺☺
 GOOD LUCK!!


Friday, January 27, 2017

Cara masukkan projek Scratch dalam blog entri

Cara nak masukkan projek Scratch ke blog


Bila dah explore Scratch 2.0 makin lama makin banyak projek yg menarik boleh dihasilkan. Mula-mula follow je tutorial online. Lepas tu boleh manipulate, tukar item ikut kesesuaian, kesukaan kita pula. Bila dah berjaya buat projek tu rasa nak share pulak kan.. Ni cara kalau nak share kat dalam blog macam projek Huruf Al-Quran ni.

  1. Log in user Scratch online. Ok, ni kalau tak log in memang tak boleh nak ke langkah beikutnya.
  2. Create project. Kalau korang dah buat offline, upload projek tu kat sini. So tak yah la nak buat byk kali kan.
  3. Klik button SHARE 
  4. Klik EMBED
  5. Copy semua script dalam embed.
  6. Buka Blogger
  7. Buka HTML code, paste.
  8. Klik bendera hijau untuk mula

 Okey, kalau dah berjaya tu jom la like & share post ni ☺☺

Sunday, January 22, 2017

Projek Scratch dalam Pendidikan Khas

Projek Scratch : Permainan Video Sensing Huruf Al-Quran

Antara muka games


Klik bendera hijau untuk mula atau boleh mula di sini.


Saturday, January 21, 2017

Video Pembelajaran Huruf Al-Quran


Video Mengenal Huruf Al-Quran


Video Menulis Huruf Al-Quran



Video Nasyid Huruf Al-Quran



Friday, January 20, 2017

Kit Pembelajaran Huruf Al-Quran



'Kit Pembelajaran Huruf Al-Quran` ialah kombinasi bahan bantu belajar menggunakan aplikasi komputer, buku kerja mengikut tahap kognitif, permainan uji minda Tarsia dan permainan Virtual Reality Video Sensing.

Secara keseluruhannya ia digabungkan menggunakan perisian MS Power Point yang mengandungi video pembelajaran mengikut topik mengenal, menulis dan nasyid huruf Al-Quran. Gabungan pelbagai deria dalam permainan dibangunkan menggunakan perisian Scratch 2. Permainan puzzle Tarsia menggalakkan murid belajar secara kolaboratif, koperatif, kreatif dan pemikiran kritikal.



 Video Huruf Al-Quran
Video Huruf Al-Quran
Permainan Video Sensing