Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian ilmu pengajaran pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian bahan pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian maklumat pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian idea pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Sama-sama belajar meningkatkan kemahiran mendidik pelajar pendidikan khas.

Wednesday, August 24, 2016

Pertandingan Amalan Terbaik Pembelajaran Abad 21

Poster iklan Pertandingan Amalan Terbaik Pembelajaran Abad ke-21 Peringkat Kebangsaan anjuran IPG Kampus Temenggong Ibrahim, Johor Bahru yang diajukan oleh puan pengetua membuatkan aku nak try market juga. Proposal aku dah terpilih dan diterima oleh pihak penganjur, tapi aku masih kurang yakin.… hmmm boleh buat ke ni?


Niat di hati nak tarik diri tapi tak boleh, tukar niat datang join nak meninjau keadaan dan cari pengalaman baharu. Tak pernah join apa-apa macam ni sebelum ni. Langsung tak prepare printed banner besar, bunga-bunga, alas meja hiasan bagai. Datang register, tengok orang lain preparation hebat-hebat belaka. Guna je la apa yang ada, apa yang mampu.











“Kit Pembelajaran Komputer Saya” ialah gabungan bahan bantu pembelajaran apps “Komputer Saya” bersama buku latihan bergred yang aku bina dan gunakan bermula tahun 2010 ditambah permainan puzzle Tarsia tahun ini bagi tajuk Perkakasan Komputer silibus Multimedia Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Tak sangka dapat Gold Medal sekaligus dinobatkan sebagai pemenang terbaik keseluruhan membawa pulang tunai RM 1,000.00. “Yeayy dapat duit jajan gi China!”.