Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian ilmu pengajaran pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian bahan pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian maklumat pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian idea pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Sama-sama belajar meningkatkan kemahiran mendidik pelajar pendidikan khas.

Sunday, June 24, 2018

Perekodan dan Analisis Pentaksiran PPKI Sekolah Menengah

Musim peperiksaan dah berakhir, maka musim cikgu-cikgu nak menanda dan simpan markah pun bermula. Kalau aliran perdana, mereka key-in dalam SAPS. Ni dengar cerita sistem off, kena buat offline khabarnya. Mana yang sempat print out tu selamat la.


Apa pun kami di PPKI tak terlibat dengan SAPS, tapi sebolehnya nak juga simpan dengan cara yang bersistem, nak juga print slip ala-ala SAPS tu. Aku rekodkan guna excel aje pas tu generate analisis & graf analisis. Lepas tu buat mail merge kat word generate slip exam untuk semua murid.


Pentaksiran akhir tahun lepas

Sebenarnya buat perekodan gaya macam ni dah bertahun-tahun tapi guna syok sendiri je. Oleh sebab ada kawan yang bertanya dan minta share, barulah update entri ni. Kalau ikut kat sini ada 3 kelas which is nama-nama tu ada 3 warna berbeza ikut kelas dan kelas tu ikut tahap kognitif murid. Yang hijau fungsian sederhana ikut KSSMPK, biru dan pic tu pulak fungsian rendah. Format rekod ni aku tiru je dalam buku rekod mengajar yang tulis tangan dibekalkan dolu-dolu tu. Ada ruangan kedudukan dalam tingkatan dan antara tingkatan.
 
Rekod pentaksiran PPKI

Setiap mata pelajaran akan ada analisis penskoran dalam bentuk graf. Daripada graf, boleh la nak buat research sama ada item penilaian mencapai tahap sepatutnya atau pun tidak, dapat graf normal loceng ke tidak.

Analisis mata pelajaran
Jika berminat nak dapatkan template rekod pentaksiran ni boleh download di sini dan template slip ala-ala SAPS di sini. Semoga dapat manfaat bersama 😄