Tuesday, November 22, 2016

The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities @Yangzhou, China : Day 3

Image may contain: one or more people, people sitting, living room, table and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, screen, office and indoor

Hari pertandingan bermula dengan acara individu eTool Challenge pada sebelah pagi, jadual terpaksa diubah kerana masalah internet seterusnya eLifeMap challenge dan eDesign Challenge pada sebelah petang. Acara pertama, semua peserta Malaysia tiada apa-apa masalah dan emosi masih stabil. Semua pengiring tidak dibenarkan berada di dalam dewan pertandingan. Selepas acara eLifeMap selesai, Farah pelajar autistik mula menunjukkan emosi kurang stabil kerana tidak dapat menjawab semua soalan katanya, peserta yang lain kusuruh ke tempat makan tengahari. 

Image may contain: one or more people, people sitting, screen, table and indoor

Image may contain: one or more people, screen, office, table and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor

Aku terpaksa menenangkan keadaan dengan membawanya keluar mengambil angin sambil bercerita sesuatu yang menyeronokkan supaya dia dapat melupakan kekecewaannya. Acara berkumpulan bermula selepas makan tengahari hingga ke petang.


Image may contain: 3 people, people standing, shoes and text


Image may contain: 6 people, people sitting, screen, table, office and indoor

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor

Selesai acara berkumpulan, Siti pula beremosi kurang stabil, nasib baik teruna 2 orang lagi stabil dan memahami ahli kumpulan yang lain. Aku masih lagi memainkan peranan memujuk, bercerita dan menaikkan semangatnya dengan bahasa isyaratku yang masih terhad. Alahaiiii Siti... Pada sebelah malamnya kami adakan latihan untuk acara akhir pelajar iaitu eCreative Challenge.

0 comments:

Post a Comment