Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian ilmu pengajaran pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian bahan pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian maklumat pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian idea pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Sama-sama belajar meningkatkan kemahiran mendidik pelajar pendidikan khas.

Tuesday, December 31, 2019

eRPH menggunakan Portal Digital Learning KPM

Salam semua!

Lama tak memblogkan diri. Azam tahun baru 2020 semoga terus meningkatkan lagi mengekalkan momentum harapnya 😆

Cikgu-cikgu dah dapat ID Portal Digital Learning baharu kan.. Dah guna ke belum? Hakak sebelum ni dah guna eRPH Google Classroom sendiri-sendiri 2 tahun lepas kat sini . Bila dapat ID rasmi KPM ni teruja nak ajak semua cikgu-cikgu di Malaysia gunakannya. Ayuh!!!

Kalau dua tahun lepas berjaya mengajak 10% rakan sejawat buat eRPH, tahun lepas naik jadi 15%, tahun ni kita cuba naik jadi 100% pula insyaAllah.

Hakak buat ni untuk memudahkan cikgu-cikgu sekolah hakak nak rujuk, dan tak perlulah nak buat taklimat banyak kali. Kita buat flip classroom, tengok video dulu lepas tu masuk kelas bersemuka barulah PAK 21. Nak ajar murid PAK 21, cikgu pun kena la belajar secara PAK 21 dulu baru betul.

Langkah 1

Dah siap log masuk, buat folder semua maklumat dalam eRPH lepas tu kita urus pulak macamana nak sync offline dengan online drive.


Langkah 2

Dah setkan semuanya on track, jom kita sambung pengurusan eRPH melalui Google Classroom yang sangat awesome!

Langkah 3

Nak tau sambungan langkah 4 untuk data klik2 keluar? Atau nak step by step as admin?Yeaaayyy or nayyyy? 🤭

p/s: saya guna camtasia, dah simpan dari 2012 baru apply ini kali hihihi

Regards;
CikguLiz
#edufluencer

Tuesday, April 23, 2019

Parking Lot Online Menggunakan Padlet

Dah lama tak buka aplikasi atas talian Padlet ni. Seingat aku last buka tahun lepas, sekali log in hihihi 2 years ago dah rupanya😅😅😅 Gelak kat diri sendiri sampai tergolek!

Niat buka semula asbab buat lot parkir untuk bengkel Fun Learning Guru-guru Pendidikan Khas daerah Kota Tinggi kemudian daerah Hulu Selangor.



Lepas dapat maklum balas yang memberangsangkan, ada yang tanya macamana buat Padlet ni? Maka jom lah kita kongsi mana yang tau.. Moga bermanfaat.

Okey... mari kembali ke pangkal jalan. Aplikasi Padlet boleh digunakan untuk menyimpan rekod parking lot selepas PdPc. Selain daripada itu, sebenarnya banyak kegunaan Padlet ni dalam PdPc yan boleh kita pelbagaikan.



Contoh Penggunaan Padlet untuk itenari ke Singapura

Dalam Palet, selain boleh buat ala² sticky notes, boleh juga add on imej dan video untuk menambah informasi. Boleh juga guna dalam PdPc sebagai tugasan, murid perlu berfikir secara kritis untuk menyelesaikan tugasan dalam bentuk yang kreatif kemudian dipaparkan seperti Gallery Walk dan boleh juga diberi reward dengan meletakkan bintang. Secara tidak langsung proses kolaborasi dan komunikasi telah berlaku selain elemen kreativiti juga telah diterapkan. Nilai murni juga dapat diterapkan yang melengkapkan 4K+1N dalam PAK21.

Contoh galeri awam yang boleh disertai

Jom kita mula buat padlet wall kita sendiri. Langah pertama daftar dan log masuk Padlet. Kemudian terus make padlet.
Langkah 1

Langkah 2 : Pilih jenis padlet

Langkah 3 : Edit TAJUK, KETERANGAN dan latarbelakang

Langkah 4 : Setkan akses pengguna

Langkah 5 : Setkan privasi padlet

Langkah 6 : Siap!

Langkah 7 : Share padlet anda

Langkah 8 : Simpan dan print QR code untuk dikongsi

Pengguna yang telah berkongsi padlet hanya perlu klik tanda '+' untuk tampal 'sticky note maya'

Mudah ke mudah ya nak buat sticky note parking lot secara maya ni ya? Kalau mudah... jom belanjer ahkak emoji comel!

Oh ya, oleh kerana Padlet ni aku guna yg free version, ia ada limitasi. Untuk mengatasi limitasi tersebut, simpan la padlet anda dalam status 'archive'.


Thursday, December 27, 2018

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Tuesday, October 2, 2018

Laporan Kajian Tindakan mengikut Format EPRD

Tahun ni first time aku hantar kajian tindakan ke peringkat PPD. Selalu buat syiok sendiri simpan sendiri je. Tak sangka pulak terpilih 10 terbaik untuk dibentangan peringkat daerah Kota Tinggi. Peringkat daerah aje hihihihi... Tapi bila dah terpilih tu, nak kena tukar format penulisan pula. Penghantaran dalam format laporan kajian tindakan EPRD.

Ada format softcopy yang diberi tapi bila aku open, edit, retype macam stress pulak tengok numbering, style berlari-larian dan tak seragam. Jadi, aku pun create new file setkan numbering style supaya lebih bergaya nak menulis macam ni.



Kalau berminat nak dapatkan fail ni dalam format *.doc boleh download je lepastu jangan lupa guna Navigation Pane dalam MS Word 😊




Friday, September 21, 2018

Cara setkan pelbagai format Page Number dalam satu dokumen MS Word

Guna Styles sudah, buat Table of Content pun sudah. Tau tak, dalam satu dokumen MS Word kita boleh setkan banyak stail penulisan Page Number. Kalau yang belum tahu jom kita ambil tahu. Kalau nak buat 3 stail, dokumen tersebut perlu dibahagikan kepada beberapa section untuk membolehkan Page Number dibuat ikut bahagian dengan stail tersendiri. Sebagai contoh fail laporan ni aku bahagikan kepada :
  1. Muka Hadapan (tak ada page number)
  2. Jadual Kandungan, Penghargaan, Abstrak (guna stail Page Number huruf roman)
  3. Isi kandungan laporan (guna Page Number stail nombor biasa)

Boleh rujuk gambar ni untuk buat section. Letakkan kursor pada point pertama section ke dua. Pilih Layout > Breaks > Next Page.

Lepas tu double click kat kawasan footer > Design > Page Numbers > Format Page Numbers.

Setkan macam biasa kita buat Page Numbers tu... Pilih Format Number nombor roman kecil > Klik OK


Kali ni kita setkan section 3 pulak. ulang langkah tadi.

Section isi kandungan laporan ni setkan Page Number dengan menggunakan format nombor biasa. OK!

Ok dah siap cara mudah nak buat laporan menggunakan MS Word dengan gaya yang paling bergaya. Moga berjaya! 😊

Thursday, September 20, 2018

Buat jadual kandungan automatik dalam MS Word

Posting terdahulu ni kita dah buat laporan guna Styles, so kita dah mudah nak buat jadual kandungan. Ye la kan, dah siap semua laporan, kena la ada table of contents di bahagian hadapan laporan kan. Jom kita buat langkah-demi langkah.


Letak kursor di ruangan mana kita nak letak muka surat kandungan tu. Kemudian pilih References > Table of Contents > Pilih stail automatic.


Edit la tajuk, fonts kandungan dan kedudukan ikut citarasa masing-masing. Lepa tu Update Table

Last sekali last update segala isi perut dokumen, sila update table of content untuk pastikan jadual kandungan up-to-date.

Kalau nak tau macamana nak setkan format muka surat berbeza dalam dokumen yang sama boleh tengok kat sini. Moga bermanfaat 😊

Wednesday, September 19, 2018

Cara mudah set Numbering Style dalam MS Word

Taip dokumen guna MS Word kan? Buat laporan pun biasa buat kat situ. Ada kala kita rasa annoying sangat dengan numbering format asyik 'lari' je huhuhu.. Contoh nak taip 1.0 lepas tu ada anak 1.1, ada anak lagi 1.1.1 dan lagi dan lagi, bila edit lari.. kukejar kau lari... Jom kita kejor yang lari tu dengan cara lebih smart iaitu guna fungsi Styles, Heading.

Dokumen yang dah smart guna style

 Sediakan senarai yang nak diformatkan nombor tanpa sebarang nombor macam ni ya, tak perlu letak apa-apa nombor di hadapan. Kat sini senarai tajuk dan sub tajuk dalam laporan Kajian Tindakan format EPRD.
Senarai Tajuk dan sub tajuk
 Langkah seterusnya boleh tengok dalam gambar ni ya.

 Lagkah yang ni paling penting ya, sila ikut gambar yang ni. Kat sini suka diingatkan, kena betul-betul setkan format jenis, saiz font, spacing, warna dan sebagainya supaya mudah di kemudian hari.


 Ni pun penting nak setkan numbering style macamana yang korang nak guna. Kita setkan sekali je lepas tu boleh guna bila-bila masa.

Ok, dah siap setting, sekarang masa nak apply apa yang kita dah setkan tadi. Just highlight row tajuk yang kita nak setkan sepas tu pilih heading style yang berkenaan. Kalau ada senarai yang tertinggal, bila-bila masa je boleh swap in. Numbering tak lari lagi dah.. kita pun tak pening cemana nak ejas numbering je.

Bila dah siap set heading style & numbering tu, sekarang masa nak guna magic dia hihihi magic sangat. Kalau dokumen panjang beratus muka surat macam tesis tu fuhhh jenuhhh oii mau scroll up down cari. Dengan cara guna Navigation Pane ni amatlah membantu.. cuma klik tajuk mana kita nak gi, terus word bawa anda ke point tajuk tersebut.


Sekian untuk kali ini. Bila dah ada macam ni, lagi mudah nak buat auto jadual senarai kandungan. Tak yah susah-susah nak semak satu-satu ehh senarai kandungan salah ehh dok kat mukasurat mana pulak tajuk yang ni.. Ok, tu kita jumpa di sini 😊