
Salji pertama tahun 2016 turun di bumi Yangzhou selepas subuh hari ke 3
kami berada di sini. Rezeki kami nak jumpa salji hari ini.



Emosi semua
anak-anak nampak stabil dan gembira setelah bertemu salji pagi ini. Stok EBM
pun semakin meningkat kerana oxytocin hormone naik mencanak-canak
kegembiraan barangkali.

Cabaran seterusnya hari ini ialah eCreative Challenge dan IT Forum
untuk pengiring.






Cuaca masih lagi di tahap beku tetapi tiada salji turun lagi,
malam itu kami dibawa ke Dongguan Street, dapat la membeli cenderahati
untuk dibawa pulang ke tanahair. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang
setengah jam memaiki kereta. Kali ni baru nampak real traffic of Yangzhou,
bunyi hon tidak pernah lekang daripada pendengaran kami, sangat mengganggu.

Salji
yang mula mencair menjadikan jalan raya sedikit licin membuatkan Siti hampir
jatuh tergelincir semasa berjalan. Dia mula ketakutan hendak meneruskan
perjalanan tetapi setelah dipujuk, akhirnya sedikit demi sedikit kembali
berjalan semula.

Baru meneruskan setengah jam perjalanan, Farah mula tantrum
kerana kesejukan. Dia membebel-bebel, memaki-hamun dan kemuncaknya menghempas
barang-barang yang dibelinya, kedengaran
bunyi kaca berderai huhuhuhu. Kami terus pulang ke hotel walaupun belum siap
membeli-belah.
0 comments:
Post a Comment