Saturday, January 7, 2017

Fonts sesuai untuk murid pendidikan khas

Pemilihan jenis tulisan bagi murid khas adalah sangat penting untuk membantu mereka menguasai kemahiran 3M. Ada murid khas masih di tahap pra tulisan dan belum mahir membaca dan menulis.

Antara ciri-ciri jenis tulisan yang sesuai untuk murid berkeperluan khas adalah seperti berikut :

  1. Tidak berangkai.
  2. Jelas
  3. Huruf kecil 'a','u', 'y' ditulis dengan jelas kelihatan seperti tulisan tangan iaitu mempunyai lengkok dan tegak bagi 'a', ekor pendek bagi 'u', ekor yang bengkok bagi y.
  4. Nombor 1 yang lurus.
  5. Nombor 9 yang lurus di bahagian belakang.


Berikut adalah antara jenis tulisan yang sesuai digunakan untuk guru membina lembaran kerja murid.




Bagi guru-guru Pendidikan Khas yang perlukan jenis fonts pra-tulisan untuk students yg sesuai untuk melatih motor halus mereka, anda boleh cuba jenis-jenis fonts berikut :

- National First Fonts
- ABC Print Dotted Lined
- Print Clearly
- ABC Print Arrow
- ABC Print

jenis-jenis font tersebut boleh free download di sini http://www.fonts101.com/search/abcprint.aspx

Oh ya, anda boleh juga cuba font yang special design by Cikgu Syazalina di blog ini : http://syazalina83.blogspot.com

Antara fonts yang saya suka gunakan boleh download di sini.

Dah download, boleh la install.. Cara install fonts boleh rujuk di sini. Selamat mencuba..

0 comments:

Post a Comment