Sunday, November 20, 2016

The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities @Yangzhou, China : Day 1


Image may contain: 6 people, people standing


The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities pada 20 hingga 25 November 2016 bertempat di Shangri-La Hotel, Yangzhou, Jiangsu Provience Republic of China. Pertandingan ini ialah anjuran Korean Society for Rehabilitation of Person with Disabilities yang ditaja sepenuhnya oleh penaja-penaja Korea. Sebanyak 16 buah negara terlibat dalam pertandingan ini iaitu Malaysia, Philippines, Thailand, Cambodia, Vietnam, Laos, Bangladesh, India, Pakistan, Nepal, Mongolia, Sri Lanka, Indonesia, Brunei dan China.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and indoor

Image may contain: 2 people, people smiling

Image may contain: 2 people

Image may contain: 2 people, people smiling, indoor

Perjalanan kami menaiki China Southern Airlines di KLIA jam 8.50 pagi menuju ke Guangzhou, China, tiba di sana jam 12.15 tengahari. Misi aku kali ini selain ICT Challenge ialah membawa pulang Expressed Breast Milk (EBM) iaitu stok susu ibu dengan selamat. Tiba di Lapangan Terbang Baiyun, Guangzhou, China, kami perlu mengambil segala beg yang dibawa untuk check in laguage semasa transit kapal terbang domestik ke Nanjing pula. Urusan check in bagasi di KLIA berjalan lancar tanpa masalah, barang keperluan stok EBM aku dibenarkan untuk handcarry sahaja tak perlu check in lagguage. Setiap syarikat penerbangan mungkin mempunyai polisi berbeza, beg yang sama handcarry tadi kena tahan kastam China, paling menyedihkan dia nak rampas dan buang hard pack ice brick yang aku bawa untuk menyimpan susu supaya sentiasa sejuk dalam beg. Aku diberi pilihan lain untuk pecahkan hard pack ice brick tersebut, keluarkan gel cecair di dalamnya dan bawa kelongsong kosong sahaja. Gila! Mereka memprovok aku lagi, menakut-nakutkan aku dengan masa penerbangan yang semakin suntuk. Aku telah bersedia dengan situasi yang akan berlaku, tambahan pula negara China tidak menyokong penyusuan susu ibu dan menghadkan satu keluarga hanya boleh mempunyai seorang anak sahaja. Aku telah mencetak beberapa poster kempen penyusuan susu ibu sedunia daripada World Health Organization (WHO) sebagai persediaan dan langkah berjaga-jaga untuk mempertahankan diri semasa membawa balik stok susu ibu dengan selamat. Aku meminta rakan kontinjen yang lain meninggalkan aku seorang menguruskan situasi itu, takut terlepas penerbangan. Sangat mendebarkan keseorangan di bumi asing untuk meneruskan proses mengutip bagasi, turun naik, berjalan ke kaunter sana ke mari sangat memenatkan tetapi semangat tetap diteruskan. Alhamdulillah akhirnya beg tersebut dibenarkan untuk tambahan check in lagguage dengan tambahan bayaran CNY160. Aku dapat berjumpa semula dengan rakan kontinjem pada jam 3.50 petang dan kapal terbang dijadualkan pada pada jam 4.15 petang.


Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting and closeup

Sesungguhnya perancangan Allah adalah yang terbaik, kapal terbang kami telah ditangguhkan jadual penerbangan ke jam 6.00 petang, dapatlah kami berehat seketika melepaskan lelah. Anak-anak MBK makan bekalan yang dibawa, minuman? Ohohoho minuman tak ada, beli la sebotol air mineral dengan harga lebih kurang RM 7 sebotol 500ml. Kami mula meninjau kawasan yang sesuai untuk menunaikan solat dan akhirnya jumpa tempat yang selamat di penjuru belakang sebuah kiosk tepi tingkap lapangan terbang. Setelah selesai solat jamak takhir Zoho-Asar, perhati jam dah menunjukkan 5.15 petang dan dah masuk waktu maghrib di sini, terus menunaikan solat jamak Maghrib-Isyak.  Sekali lagi jadual penerbangan ditangguhkan ke jam 8.00 malam, nampak gayanya lama lagi la kami perlu tunggu di sini. Bekalan makanan dah tiada di tangan, semuanya dalam bagasi, nak cari makanan halal di sini macam agak ragu-ragu, bersabarlah! Apabila jam jarum jam menganjak ke angka 8, tiada apa-apa pengumuman untuk menaiki pesawat, ada sekumpulan bangsa cina telah mengamuk di kaunter pendaftaran, kami hanya memerhati sahaja, tak faham bahasa mereka. Tapi yang pasti mereka mengamuk sebab jadual ditangguhkan tanpa sebarang maklumat, begitulah situasinya sehingga menganjak ke  jam 10 malam, masih tiada maklumat penerbangan kami. Tawakkal!

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting, people standing and indoor

Pengumuman pada jam 10.30 malam membuatkan kami lega dan terus beratur untuk menaiki pesawat menuju ke Nanjing. Kami tiba di Lapangan Terbang Nanjing pada jam 12.00 tengah malam disambut oleh AJK The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities mengiring kami terus ke van yang telah menanti di parkir. Cuaca sejuk, masa ni aku dah rasa macam nak demam, terlalu penat dan menahan kesakitan dek kerana susu yang penuh. Naik je van, aku pilih tempat duduk paling belakang meneruskan misi mengepam susu, dapat la stok penuh 4 botol 5oz. Ank-anak MBK masing-masing keletihan, tertidur dalam perjalanan ke Yangzhou yang mengambil masa selama lebih kurang 2 jam. Kami tiba di hotel pada jam 2.30 pagi, mendengar taklimat ringkas pembahagian bilik dan jadual perjalanan sepanjang kami di sini. Kami dibenarkan masuk ke bilik masing-masing untuk berehat sementara menunggu ketibaan kontinjen daripada negara lain.  Peserta dibenarkan sarapan pada jam 7 hingga 8 pagi, anak-anak MBK turun bersarapan bersama pegawai KPM yang mengiringi kami, aku memilih bersarapan di bilik makan bekalan yang dibawa sambil meneruskan aktiviti mengumpul stok EBM. Selepas bersarapan, peserta dibenarkan berehat di bilik atau pun meninjau kawasan sekitar hotel.

0 comments:

Post a Comment