Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian ilmu pengajaran pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian bahan pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian maklumat pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian idea pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Sama-sama belajar meningkatkan kemahiran mendidik pelajar pendidikan khas.

Friday, November 27, 2015

STEM Apps Challenge briefing session


Petang itu aku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada pegawai di JPNJ untuk menghadiri taklimat program di UTM. Mana tak terkejutnya, aku masih lagi dalam cuti bersalin tetapi dipanggil untuk menghadiri taklimat tersebut. Atas rasa enkuiri yang tinggi tentang apa, bagaimana, bila, berapa lama tempoh masa program yang akan berlangsung, maka aku kuatkan semangat untuk menghadirkan diri bersama anak yang ke 5 dalam usianya 60 hari.




Aku sangat suka babywearing. Apa tu?? Memakai bayi ke? Hehehehee.. babywearing ialah perbuatan menggendong bayi, lebih tepat lagi menggendong bayi menggunakan peralatan menggendong yang ergonomik. Peralatan yang ergonomik penting untuk memberi keselesaan kepada bayi dan ibu. Aku juga terlibat sebagai jawatankuasa dalam NGO yang aku sertai iaitu Selat Tebrau Babywearers. Alatan menggendong yang aku gunakan untuk menghadiri taklimat tersebut ialah wrap iaitu kain berukuran 4 meter panjang dan 30 cm lebar di mana ia paling selesa dan sesuai digunakan bagi bayi yang baru lahir untuk mengekalkan kedudukan tulang belakang bayi dalam bentuk C seperti dalam kandungan ibu.


“STEM Apps Challenge” ialah pertandingan membangunkan aplikasi mudah alih berkonsepkan games bagi mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang dianjurankan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama Iskandar Regional Development Authority (IRDA) dan Persatuan Saintis Muslim Malaysia (PERINTIS). Pertandingan ini adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada seorang guru, dua orang pelajar sekolah menengah dan dua orang pelajar UTM, perlu bekerjasama dalam mencetuskan idea, komunikasi dan juga kemahiran membangunkan aplikasi mudah alih yang boleh digunakan di komputer tablet atau pun telefon pintar sebagai bahan bantu pembelajaran. Pertandingan ini mempunyai beberapa fasa yang akan berlangsung selama 6 bulan. Fasa pertama penghantaran kertas cadangan, seterusnya jika terpilih ke fasa seterusnya, pembentangan idea. Fasa seterusnya ialah kem pembangunan, sesi konsultasi dan pembentangan akhir aplikasi mudah alih yang dihasilkan. Hadiah bagi pertandingan ini berbentuk perkakasan dan juga pakej persidangan ICT di Jepun. Hadiah utama bernilai RM 15,000.00 manakala tempat kedua RM 10,000.00 dan tempat ke tiga RM 5,000.00 serta 5 hadiah sagu hati. Apa pun, matlamat kami menyertai pertandingan bukan kerana hadiah tetapi pengalaman dan ilmu yang diperolehi lebih lumayan harganya.