Wednesday, September 19, 2018

Cara mudah set Numbering Style dalam MS Word

Taip dokumen guna MS Word kan? Buat laporan pun biasa buat kat situ. Ada kala kita rasa annoying sangat dengan numbering format asyik 'lari' je huhuhu.. Contoh nak taip 1.0 lepas tu ada anak 1.1, ada anak lagi 1.1.1 dan lagi dan lagi, bila edit lari.. kukejar kau lari... Jom kita kejor yang lari tu dengan cara lebih smart iaitu guna fungsi Styles, Heading.


Dokumen yang dah smart guna style

 Sediakan senarai yang nak diformatkan nombor tanpa sebarang nombor macam ni ya, tak perlu letak apa-apa nombor di hadapan. Kat sini senarai tajuk dan sub tajuk dalam laporan Kajian Tindakan format EPRD.
Senarai Tajuk dan sub tajuk
 Langkah seterusnya boleh tengok dalam gambar ni ya.

 Lagkah yang ni paling penting ya, sila ikut gambar yang ni. Kat sini suka diingatkan, kena betul-betul setkan format jenis, saiz font, spacing, warna dan sebagainya supaya mudah di kemudian hari.


 Ni pun penting nak setkan numbering style macamana yang korang nak guna. Kita setkan sekali je lepas tu boleh guna bila-bila masa.

Ok, dah siap setting, sekarang masa nak apply apa yang kita dah setkan tadi. Just highlight row tajuk yang kita nak setkan sepas tu pilih heading style yang berkenaan. Kalau ada senarai yang tertinggal, bila-bila masa je boleh swap in. Numbering tak lari lagi dah.. kita pun tak pening cemana nak ejas numbering je.

Bila dah siap set heading style & numbering tu, sekarang masa nak guna magic dia hihihi magic sangat. Kalau dokumen panjang beratus muka surat macam tesis tu fuhhh jenuhhh oii mau scroll up down cari. Dengan cara guna Navigation Pane ni amatlah membantu.. cuma klik tajuk mana kita nak gi, terus word bawa anda ke point tajuk tersebut.


Sekian untuk kali ini. Bila dah ada macam ni, lagi mudah nak buat auto jadual senarai kandungan. Tak yah susah-susah nak semak satu-satu ehh senarai kandungan salah ehh dok kat mukasurat mana pulak tajuk yang ni.. Ok, tu kita jumpa di sini 😊

0 comments:

Post a Comment