Monday, November 21, 2016

The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities @Yangzhou, China : Day 2




Semua peserta dikehendaki berkumpul pada jam 12.00 tengahari kemudian dibawa melawat sekitar bandar Yangzhou menaiki bas pada jam 2.00 hingga 6.00 petang. Sebanyak 4 buah bas disediakan untuk membawa para peserta, bas pertama dikhaskan hanya untuk kontinjen yang menggunakan kerusi roda. Kontinjen kami memilih menaiki bas nombor 3 bersama peserta daripada Indonesia dan Brunei.



Perjalanan bas sangat lancar, tak de hiruk pikuk kesibukan jem di bandar besar, pelik. Nak tau sebab apa? Hehehehe sebab lalu lintas dikawal oleh polis trafik, kenderaan lain dikehendaki berhenti dan memberi laluan kepada kami sahaja, memang terasa VIP sangat City Tour ni.





Para peserta dibawa melawat ke tempat-tempat menarik iaitu Slander West Lake, Geyuan Garden, Heyuan Garden, Daming Temple dan Marco Polo Ocean Park.


Image may contain: text


Image may contain: 5 people, people standing, outdoor and nature



Dingin cuaca membuatkan kami tidak merasa letih berjalan kaki melawat tempat-tempat tersebut. Setiap kontinjen diiringi oleh seorang pegawai kerajaan China dan seorang sukarelawan yang menjaga kami sepanjang berada di sana.  Semasa di dalam bas, kami dimaklumkan oleh pemandu pelancong bahawa cuaca hari esok akan lebih sejuk serta hari berikutnya. Aku pun terus check  weather forcast apps, “waaah.. salji dijangka turun lusa”. Selesai lawatan, kami pulang ke hotel semula untuk menikmati makan malam dan sesi latihan akhir anak-anak khas ini.





Pada sebelah malam pula diadakan acara perasmian pembukaan majlis dengan makan malam penganjur bersama-sama semua peserta dan penaja.

0 comments:

Post a Comment