Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian ilmu pengajaran pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian bahan pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian maklumat pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian idea pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Sama-sama belajar meningkatkan kemahiran mendidik pelajar pendidikan khas.

Monday, January 30, 2017

BIODATA



Cikgu Liz: 

HALIZAH BINTI AHMAD


Perjawatan:   

GURU PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
(BERMASALAH PEMBELAJARAN)
SMK BANDAR KOTA TINGGI
(2015 - sekarang)

SMK TAMAN KOTA JAYA, KOTA TINGGI
(2008 -2015)


Kelulusan:    

SARJANA PENDIDIKAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN - UTM
IJAZAH SARJANA MUDA SAINS KOMPUTER - UTM
DIPLOMA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS) - UPSI
SPM - SM TEKNIK MELAKA
PMR - SM PEKAN BARU, MUAR
SK SERI MERLONG, BATU PAHAT
SK PARIT LATIFF, MUAR


Pencapaian:

ANUGERAH GURU INOVATIF (SEKOLAH MENENGAH)
DAERAH KOTA TINGGI 2017

ANUGERAH GURU PENDIDIKAN KHAS
DAERAH KOTA TINGGI 2016

JOHOR ICT LEADER AWARD
PERTANDINGAN ICT CHALLENGE FOR SPECIAL NEEDS PERINGKAT NEGERI
9 MEI 2016

JOHAN (LEARNING CONTENT)
MALAYSIA ICT CHALLENGE FOR SPECIAL NEEDS
27 MEI 2016 

ANUGERAH EMAS & ANUGERAH TERBAIK KESELURUHAN
PERTANDINGAN AMALAN TERBAIK PEMBELAJARAN ABAD KE-21 PERINGKAT KEBANGSAAN
DI IPGK TEMENGGONG IBRAHIM, JB
23 OGOS 2016

ANUGERAH PERAK
HARI INOVASI PERINGKAT KEBANGSAAN DI IPGK THO, BP
28 SEPTEMBER 2016

TOKOH GURU PENDIDIKAN KHAS KOTA TINGGI 2016
ANUGERAH TERBILANG GURU PENDIDIKAN KHAS KOTA TINGGI
MAJLIS APRESIASI & GRADUASI PENDIDIKAN KHAS KOTA TINGGI 2016

JURULATIH & CHAPERON
THE 2016 IT CHALLENGE FOR YOUTH WITH DISABILITIES
YANGZHOU, CHINA
20 - 25 NOVEMBER 2016
(1 PERAK, 2 GANGSA)

Saturday, January 28, 2017

Cara masukkan fail *.swf (flash) dalam blog entri

Cara nak masukkan fail *.swf atau pun dikenali sebagai flash ke dalam blok entri anda macam entri Aplikasi Android Pendidikan Khas ni . Banyak cara dah cuba zaman mula-mula kenal blog, akhirnya jumpa cara yang paling aku suka.. hehehe orang lain tak suka, tak apa. Caranya :
  1. Upload fail *.swf dalam sites google atau mega swf sites lain.
  2. Copy file location di sites google attachment.
  3. Create new post.
  4. In post entry editor select Edit HTML
  5. Paste HTML kod ini <div style="text-align: center;">
    <object classid="clsid:D27CDB6E-AE6D-11cf-96B8-444553540000" codebase="http://download.macromedia.com/pub/shockwave/cabs/flash/swflash.cab#version=9,0,45,0" height="450" width="600"> <param name="movie" value="https://sites.google.com/site/hailizyusof/config/pagetemplates/flash-liz/AnswerQuestion.swf?attredirects=0" />
    <param name="quality" value="high" />
    <param name="menu" value="false" />
    <embed src="https://sites.google.com/site/hailizyusof/config/pagetemplates/flash-liz/AnswerQuestion.swf?attredirects=0" quality="high" pluginspage="http://www.macromedia.com/go/getflashplayer" type="application/x-shockwave-flash" width="600" height="450"></embed> </object></div>
  6. Edit kod yang berwarna merah. Paste location fail *.swf anda untuk menggantikan kod berwarna merah tersebut.
  7. Publish post and view.
  8. Haaaa sekarang fail *.swf anda dah terpapar di blog entri anda! Suka tak? Kalau suka, jom share entri ni ☺☺
 GOOD LUCK!!


Friday, January 27, 2017

Cara masukkan projek Scratch dalam blog entri

Cara nak masukkan projek Scratch ke blog


Bila dah explore Scratch 2.0 makin lama makin banyak projek yg menarik boleh dihasilkan. Mula-mula follow je tutorial online. Lepas tu boleh manipulate, tukar item ikut kesesuaian, kesukaan kita pula. Bila dah berjaya buat projek tu rasa nak share pulak kan.. Ni cara kalau nak share kat dalam blog macam projek Huruf Al-Quran ni.

  1. Log in user Scratch online. Ok, ni kalau tak log in memang tak boleh nak ke langkah beikutnya.
  2. Create project. Kalau korang dah buat offline, upload projek tu kat sini. So tak yah la nak buat byk kali kan.
  3. Klik button SHARE 
  4. Klik EMBED
  5. Copy semua script dalam embed.
  6. Buka Blogger
  7. Buka HTML code, paste.
  8. Klik bendera hijau untuk mula

 Okey, kalau dah berjaya tu jom la like & share post ni ☺☺

Sunday, January 22, 2017

Projek Scratch dalam Pendidikan Khas

Projek Scratch : Permainan Video Sensing Huruf Al-Quran

Antara muka games


Klik bendera hijau untuk mula atau boleh mula di sini.


Saturday, January 21, 2017

Video Pembelajaran Huruf Al-Quran


Video Mengenal Huruf Al-Quran


Video Menulis Huruf Al-Quran



Video Nasyid Huruf Al-Quran



Friday, January 20, 2017

Kit Pembelajaran Huruf Al-Quran



'Kit Pembelajaran Huruf Al-Quran` ialah kombinasi bahan bantu belajar menggunakan aplikasi komputer, buku kerja mengikut tahap kognitif, permainan uji minda Tarsia dan permainan Virtual Reality Video Sensing.

Secara keseluruhannya ia digabungkan menggunakan perisian MS Power Point yang mengandungi video pembelajaran mengikut topik mengenal, menulis dan nasyid huruf Al-Quran. Gabungan pelbagai deria dalam permainan dibangunkan menggunakan perisian Scratch 2. Permainan puzzle Tarsia menggalakkan murid belajar secara kolaboratif, koperatif, kreatif dan pemikiran kritikal.



 Video Huruf Al-Quran
Video Huruf Al-Quran
Permainan Video Sensing



Sunday, January 15, 2017

Aplikasi Android Pendidikan Khas

Apps ‘Komputer Kami’ dibangunkan menggunakan perisian Adobe Flash bagi topik “Mengenal Bahagian-bahagian Komputer” sukatan pelajaran bermasalah pembelajaran Multimedia kurikulum Pendidikan Khas. .

Pemilihan teknologi dilihat dapat membantu mengurangkan kekangan, had dan kesukaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas untuk mengintegrasikan elemen hiburan dan pendidikan supaya menjadi unsur yang lebih menyeronokkan serta menarik minat mereka untuk belajar (Anuar, Daniel et al, 2014).

Selain itu, faktor persekitaran yang mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap penggunaan apps menggunakan komputer tablet dalam proses pembelajaran turut diberi perhatian kerana faktor-faktor ini amat mempengaruhi keberkesanan penggunaan komputer tablet di kalangan MBK ke arah pendidikan abad 21.


  
 













Saturday, January 14, 2017

Puzzle Tarsia dan Pendidikan Khas

 


FormulatorTarsia yang dibangunkan oleh Tarsia - Hermitech Laboratory banyak digunakan dalam pembelajaran Matematik dan Sains. Namun yang demikian, ia boleh diubahsuai mengikut tahap dan keperluan murid khas. Ia mempunya pelbagai bentuk puzzle yang boleh dipilih, puzzle paling simple bentuk segitiga yang mempunyai 16 bahagian.


Pilihan bentuk puzzle

Standard Jigsaw

Input view

Table view

Output view

Solution view


Dimainkan secara berkumpulan

Pertandingan antara kumpulan

Puzzle Tarsia memenuhi ciri pembelajaran abad 21 yang merangsang murid khas untuk berkomunikasi, berkolaboratif, kreatif dan berfikiran kritis.

Download puzzle Tarsia topik Mengenal Perkakasan Komputer.

Friday, January 13, 2017

Membina lembaran kerja pendidikan khas


Murid berkeperluan khas adalah unik. Ada yang sekelas tetapi tahap kognitif mereka berbeza. Oleh yang demikian, guru pun perlu sediakan lembaran kerja yang berbeza mengikut tahap murid tersebut. Topik atau silibus masih boleh sama tetapi latihan tetap berbeza.


Untuk menyediakan lembaran kerja yang berbeza, guru juga perlu menyediakan lembaran kerja yang menarik, mudah faham dan mempunyai kekuatan. Selain daripada itu juga, guru perlu kreatif dalam menyediakan lembaran kerja. Jangan lupa juga masukkan identiti lembaran anda sendiri, baru lah nampak cikgu khas pun unik!

Jom kita check list  macamana rupa lembaran kerja yang sesuai dengan murid khas ni :
  1. Ada border atau  gap antara muka surat, arahan, ruang tulisan.
  2. Hanya satu topik/perkara dalam setiap muka surat.
  3. Arahan perlu jelas.
  4. Gambar yang digunakan jelas dan tidak pecah (yang ni ada banyak steps boleh dipecahkan lagi. Nanti kita buka topik khas untuk penggunaan gambar)
  5. Ruang nama (jika lembaran, jika buku kerja cukup nama di muka surat hadapan) tarikh dan hari. Untuk buat booklet pun ada beberapa steps yang boleh diperincikan lagi dalam topik lain.
  6. Gunakan header & footer untuk masukkan muka surat dan topik atau pun nama anda serta lencana sekolah.
  7. Gunakan jenis fonts yang sesuai. Contohnya font sambung titik-titik bagi tahap 1, font yang mempunyai 4 garis untuk tahap 2 dan ruang tulisan yang sesuai untuk tahap 3.
  8. Jika anda memilih untuk gunting dan tampal, apa kata anda cuba pula scan, bina sendiri lembaran kerja anda dan masukkan gambar yang anda scan tadi.




 


Semoga perkongsian ini bermanfaat...☺

Saturday, January 7, 2017

Fonts sesuai untuk murid pendidikan khas

Pemilihan jenis tulisan bagi murid khas adalah sangat penting untuk membantu mereka menguasai kemahiran 3M. Ada murid khas masih di tahap pra tulisan dan belum mahir membaca dan menulis.

Antara ciri-ciri jenis tulisan yang sesuai untuk murid berkeperluan khas adalah seperti berikut :

  1. Tidak berangkai.
  2. Jelas
  3. Huruf kecil 'a','u', 'y' ditulis dengan jelas kelihatan seperti tulisan tangan iaitu mempunyai lengkok dan tegak bagi 'a', ekor pendek bagi 'u', ekor yang bengkok bagi y.
  4. Nombor 1 yang lurus.
  5. Nombor 9 yang lurus di bahagian belakang.


Berikut adalah antara jenis tulisan yang sesuai digunakan untuk guru membina lembaran kerja murid.




Bagi guru-guru Pendidikan Khas yang perlukan jenis fonts pra-tulisan untuk students yg sesuai untuk melatih motor halus mereka, anda boleh cuba jenis-jenis fonts berikut :

- National First Fonts
- ABC Print Dotted Lined
- Print Clearly
- ABC Print Arrow
- ABC Print

jenis-jenis font tersebut boleh free download di sini http://www.fonts101.com/search/abcprint.aspx

Oh ya, anda boleh juga cuba font yang special design by Cikgu Syazalina di blog ini : http://syazalina83.blogspot.com

Antara fonts yang saya suka gunakan boleh download di sini.

Dah download, boleh la install.. Cara install fonts boleh rujuk di sini. Selamat mencuba..

Friday, January 6, 2017

Cara Install Fonts di MS Word



Mungkin masih ada yang belum tahu cara nak install font, kalau dah tahu pun jom kita refreshJika ada diantara cikgu yang mendownload bahan dari blog ini, kadang kala bila dibuka di komputer anda, font akan berubah, ini kerana font yang digunakan untuk membuat bbm tersebut tidak diinstall dalam komputer anda. Jadi anda bolehlah mendownload font tersebut di sini untuk menjadikan bahan bbm yang didownload dari  blog ini mempunyai font yang sama seperti asal dengan bahan yang didownload.

Jika anda download fonts tersebut, cara install, extract dahulu > Select All (Ctrl+a) >copy (Ctrl+c) dan paste (Ctrl+v) pada file font dalam C:\WINDOWS\Fonts

Kita juga aboleh copy fonts daripada folder atau komputer lain ke komputer kita. Caranya seperti berikut :
  • Copy fail fonts yang dikehendaki dalam folder C:\WINDOWS\Fonts komputer sumber kemudian paste dalam pendrive.
  • Copy semua fail dalam folder pendrive tersebut.



  •  Buka Folder C:\windows\fonts


   

*Jika fail dalam windows tidak dipaparkan, tekan show the contents of this folder

  •   Paste semua fail fonts dalam folder C:\windows\fonts





Sekarang semua jenis fonts tadi sudah boleh dipilih dalam MS word seperti biasa.

Monday, January 2, 2017

Sunday, January 1, 2017

RPH Pembelajaran Abad 21 Pendidikan Khas

Haaa... Ni rekod PdPc harian aku pulak. Ikut format PAK21 tapi still nak jimat kertas, maka terjadilah format compact macam ni. Taraaaaaa...



Nampak tarikh bawah tu? Haaa yang tu kononnya tarikh bila kita print RPH ni ye. Tarikh print tu sehari sebelum tarikh RPH. Jadi, x da la nampak ko pemalas yang amat kan.. Dah la malas nak tulis tangan, print pun nak lump sum kan.. print la satu sehari.. Ecehh konon! Ehhh betul-betul kejadian ni ya.. ahakkks! Okey, sesiapa berminat nak dapatkan template ni boleh la download ya. Oh ya, lupa nak bagitau, aku memang print both side ye utk menjimatkan kertas dan nak nampak sebijik macam buku sangat kan hehehe...

Fail Rekod PdPc 2017

Tahun ini masuk tahun ke 8 aku menggunakan fail rekod mengajar dalam sepanjang perkhidmatan masuk tahun ke 10. Maknanya 2 tahun je la aku berjaya menulis buku rekod dengan tulisan tangan. Malas? Ya, aku memang la amat malas nak menulis sebab kadang aku sendiri pun tak faham tulisan sendiri. Adalah lebih baik aku buat fail tapi puas hati, sedap mata memandang barulah ada mood nak membaca.

Pada permulaan menggunakan fail, memang banyak isu yang timbul. Biasa la kan, bukan senang nak berubah. Antara isu yang paling ketara ialah:

  1. Tiada keseragaman antara guru yang menggunakan fail. Ada yang warna biru, hijau, kuning, kelabu asap dan macam-macam lagi.
  2. Isi kandungan fail tidak lengkap.
  3. Saiz fail yang tidak seragam.
  4. Refleksi yang dah ditaip terlebih dahulu. Haaaaa.. yang ni memang salah besar ya!
Oleh yang demikian aku mengambil beberapa langkah keselamatan untuk menyelamatkan diri dalam hal ehwal buku rekod mengajar ni.
  1. Scan buku rekod mengajar daripada muka surat hadapan, isi kandungan, pekeliling, lampiran hingga ke muka surat belakang kulit buku tersebut.
  2. Lepas tu print color cun cun punya.
  3. Susun dalam fail sebijik susunan buku rekod mengajar.
  4. Lagi cun aku dah tambah devider.
  5. Tambah cun letak Tag devider colorful.


Hahahaha perasan cun la kan... Tapi tahun ni beruntung sangat, tak payah buat semua di atas tu sebab pihak sekolah dah order fail bersama complete isi perut yang wajib. Sebab dah ada tamplet drp tahun-tahun sudah, guna gak la mana yang sesuai tak yah nak tulis.

Cover depan, belakang & tulang fail

Visi, misi & maklumat guru
  
Aku janji, takwim, buku rujukan, senarai nama pelajar
Berminat dengan tamplet isi kandungan rekod PdPc boleh dapatkan di sini dan cover di sini.☺

Format dan tamplet penulisan RPH boleh tengok di sini.