Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian ilmu pengajaran pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian bahan pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian maklumat pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian idea pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Sama-sama belajar meningkatkan kemahiran mendidik pelajar pendidikan khas.

Friday, November 25, 2016

The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities @Yangzhou, China : Day 6

Hari yang ditunggu-tunggu untuk pulang muncul jua, segala barang telah disusun rapi ke dalam beg. Paling penting ialah ‘cecair emas’ sebanyak 20 botol ingin memulakan perjalanan jauhnya. Selain rindu orang Malaysia, rindu makanannya juga. Seminggu di sana acah-acah jadi vegetarian bila makan di hotel. Makanan sangat banyak pilihan tetapi diragui status halalnya, nasib baik bekalan serunding daging dan sambal kentang dapat menyelamatkan keadaan. Bangun tidur aku rasa sengal je badan ni, baru terperasan lebam di lengan aku, habuan daripada Farah petang semalam. Adoiii la anak!

Image may contain: 6 people, people sitting and indoor
Sarapan terakhir di hotel

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Perjalanan pulang kami bermula jam 7 pagi menaiki bas bersama peserta dari India dan Indonesia menuju ke Nanjing kemudian menaiki pesawat ke Guangzhou pada jam 11.15 pagi dan tiba pada jam 1.35 petang. Kami menunaikan solat jamak Zohor-Asar di Lapangan Terbang Baiyun secara sembunyi-sembunyi lagi.

Image may contain: 6 people, people smiling

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: 3 people, people sitting, closeup and indoor

Perjalanan balik lancar, tiada jadual pesawat yang ditunda dan tiada beg yang diragui. Stok EBM dah selamat check in lagguage dari Guangzhou jam 4.50 petang dan sampai di KLIA jam 8.50 malam.

Image may contain: 6 people, people standing


Sampai di KLIA semua susu masih sejuk dan ketiga-tiga ketul ice brick masih beku, boleh meneruskan perjalanan lagi 5 jam ke Kota Tinggi.

Image may contain: 4 people, people smiling

Image may contain: 17 people, people smiling, people standing

Image may contain: 8 people, people smiling, people standing

Kepulangan kami disambut oleh pegawai Bahagian Pendidikan Khas, Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, pengetua dan guru-guru SMPK Vokasional Shah Alam serta ahli keluarga masing-masing.




Rindu kat anak-anak yang ditinggalkan toksah cakap la, sangat! Alhamdulillah selamat sampai di rumah sehening subuh menjelma membawa balik stok susu ibu dengan selamat. Mission accomplished! Alhamdulillah.

Thursday, November 24, 2016

The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities @Yangzhou, China : Day 5

Image may contain: 4 people, people smiling, people sitting

Image may contain: 4 people, people standing and text

Image may contain: 4 people, people sitting

Image may contain: 2 people, people standing and text

Cabaran terakhir pelajar hari ini ialah sesi pembentangan hasil kerja eCreative Challenge. Farah dan Nabil sebagai pembentang utama manakala Siti dan Naif mengawal paparan dan pergerakan permainan yang dihasilkan. Selesai sahaja pembentangan, mereka mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Hmmmmm nampak ada harapan di situ hihihihi tak sabar tunggu majlis penutup petang ni.

Image may contain: 5 people, people sitting, people eating, table and food

Image may contain: 3 people

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting

Image may contain: 7 people, people smiling, people sitting, table and indoor


Pasukan Malaysia telah berjaya merangkul 3 pingat di pertandingan peringkat antarabangsa ini. Acara berkumpulan memenangi pingat perak (Excellent Award) eCreative Challenge. Naif memperolehi pingat gangsa (Good Award) acara individu eTool Challenge (Visual Disabilities). Farah juga memperolehi pingat gangsa (Good Award) acara individu eLifeMap Challenge (Developmental Disabilities). Tahniah dan syabas kepada mereka yang telah berjaya menyertai pertandingan ini dan membawa pulang pingat.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and indoor

Majlis penutup dan penyampaian hadiah belum berakhir, Farah dah berlari meninggalkan majlis sambil menjerit- jerit menuju ke pintu utama melalui barisan VIP. Dia mengamuk, menghempas diri dan berguling-guling di lantai, ada sukarelawan yang datang ingin membantu, semakin galak menjadi-jadi amukannya. Saya meminta agar mereka meninggalkan hanya kami berdua dan buat tak nampak apa yang berlaku. Bila mendapat perhatian, memang semakin menjadi-jadilah perangai dia nanti. Dia seperti seorang yang hilang akal, segala percakapannya di luar sedar hanya kerana tidak mendapat pingat emas yang melayakkan pemenang menerima hadiah laptop. Dengan tenaga luar biasa, segala tindakan luar kawalnya sangat kuat, tepisan, tumbukan dan pukulannya aku dapat petang itu. Bila dipeluk, meronta-ronta melepaskan diri, akhirnya dapat juga aku tenangkannya setelah mencuba dalam 10 minit. Aku bawa dia balik ke bilik, “kita settle kat bilik!”.

Mesej WhatsApp bertubi-tubi masuk daripada rakan jurulatih di Malaysia untuk membuat persiapan banner sambutan pulang ke tanahair. Gambar-gambar kecemerlangan diperlukan, tetapi belum dapat menenangkan ‘anak bertuah’ yang seorang ni. Aku tak beritahu mereka apa yang sedang berlaku, terpaksa mendiamkan diri buat sementara waktu. Bila semuanya settle, barulah dapat snap gambar yang diperlukan.


Image may contain: 6 people, people smiling, people standing

Image may contain: 4 people, people standing

No automatic alt text available.

Wednesday, November 23, 2016

The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities @Yangzhou, China : Day 4

Image may contain: outdoor


Salji pertama tahun 2016 turun di bumi Yangzhou selepas subuh hari ke 3 kami berada di sini. Rezeki kami nak jumpa salji hari ini.

Image may contain: 5 people, people standing, child and outdoor

Image may contain: 1 person, standing, child, plant, tree and outdoor

Image may contain: 2 people, people standing, child and outdoor

Emosi semua anak-anak nampak stabil dan gembira setelah bertemu salji pagi ini. Stok EBM pun semakin meningkat kerana oxytocin hormone naik mencanak-canak kegembiraan barangkali. 

Image may contain: 1 person, standing, tree, child and outdoor

Cabaran seterusnya hari ini ialah eCreative Challenge dan IT Forum untuk pengiring.

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Image may contain: 2 people, people sitting

Image may contain: 2 people, people sitting, table and indoor

Image may contain: 5 people, people sitting, table, screen and indoor

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people, people sitting and indoor

Cuaca masih lagi di tahap beku tetapi tiada salji turun lagi, malam itu kami dibawa ke Dongguan Street, dapat la membeli cenderahati untuk dibawa pulang ke tanahair. Perjalanan ke sana mengambil masa lebih kurang setengah jam memaiki kereta. Kali ni baru nampak real traffic of Yangzhou, bunyi hon tidak pernah lekang daripada pendengaran kami, sangat mengganggu.

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing, night and outdoor

Salji yang mula mencair menjadikan jalan raya sedikit licin membuatkan Siti hampir jatuh tergelincir semasa berjalan. Dia mula ketakutan hendak meneruskan perjalanan tetapi setelah dipujuk, akhirnya sedikit demi sedikit kembali berjalan semula.

Image may contain: night, bridge, outdoor and water

Baru meneruskan setengah jam perjalanan, Farah mula tantrum kerana kesejukan. Dia membebel-bebel, memaki-hamun dan kemuncaknya menghempas barang-barang  yang dibelinya, kedengaran bunyi kaca berderai huhuhuhu. Kami terus pulang ke hotel walaupun belum siap membeli-belah.

Tuesday, November 22, 2016

The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities @Yangzhou, China : Day 3

Image may contain: one or more people, people sitting, living room, table and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

Image may contain: 1 person, smiling, sitting, screen, office and indoor

Hari pertandingan bermula dengan acara individu eTool Challenge pada sebelah pagi, jadual terpaksa diubah kerana masalah internet seterusnya eLifeMap challenge dan eDesign Challenge pada sebelah petang. Acara pertama, semua peserta Malaysia tiada apa-apa masalah dan emosi masih stabil. Semua pengiring tidak dibenarkan berada di dalam dewan pertandingan. Selepas acara eLifeMap selesai, Farah pelajar autistik mula menunjukkan emosi kurang stabil kerana tidak dapat menjawab semua soalan katanya, peserta yang lain kusuruh ke tempat makan tengahari. 

Image may contain: one or more people, people sitting, screen, table and indoor

Image may contain: one or more people, screen, office, table and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor

Aku terpaksa menenangkan keadaan dengan membawanya keluar mengambil angin sambil bercerita sesuatu yang menyeronokkan supaya dia dapat melupakan kekecewaannya. Acara berkumpulan bermula selepas makan tengahari hingga ke petang.


Image may contain: 3 people, people standing, shoes and text


Image may contain: 6 people, people sitting, screen, table, office and indoor

Image may contain: 2 people, people sitting and indoor

Image may contain: 3 people, people sitting, table and indoor

Selesai acara berkumpulan, Siti pula beremosi kurang stabil, nasib baik teruna 2 orang lagi stabil dan memahami ahli kumpulan yang lain. Aku masih lagi memainkan peranan memujuk, bercerita dan menaikkan semangatnya dengan bahasa isyaratku yang masih terhad. Alahaiiii Siti... Pada sebelah malamnya kami adakan latihan untuk acara akhir pelajar iaitu eCreative Challenge.

Monday, November 21, 2016

The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities @Yangzhou, China : Day 2




Semua peserta dikehendaki berkumpul pada jam 12.00 tengahari kemudian dibawa melawat sekitar bandar Yangzhou menaiki bas pada jam 2.00 hingga 6.00 petang. Sebanyak 4 buah bas disediakan untuk membawa para peserta, bas pertama dikhaskan hanya untuk kontinjen yang menggunakan kerusi roda. Kontinjen kami memilih menaiki bas nombor 3 bersama peserta daripada Indonesia dan Brunei.



Perjalanan bas sangat lancar, tak de hiruk pikuk kesibukan jem di bandar besar, pelik. Nak tau sebab apa? Hehehehe sebab lalu lintas dikawal oleh polis trafik, kenderaan lain dikehendaki berhenti dan memberi laluan kepada kami sahaja, memang terasa VIP sangat City Tour ni.





Para peserta dibawa melawat ke tempat-tempat menarik iaitu Slander West Lake, Geyuan Garden, Heyuan Garden, Daming Temple dan Marco Polo Ocean Park.


Image may contain: text


Image may contain: 5 people, people standing, outdoor and nature



Dingin cuaca membuatkan kami tidak merasa letih berjalan kaki melawat tempat-tempat tersebut. Setiap kontinjen diiringi oleh seorang pegawai kerajaan China dan seorang sukarelawan yang menjaga kami sepanjang berada di sana.  Semasa di dalam bas, kami dimaklumkan oleh pemandu pelancong bahawa cuaca hari esok akan lebih sejuk serta hari berikutnya. Aku pun terus check  weather forcast apps, “waaah.. salji dijangka turun lusa”. Selesai lawatan, kami pulang ke hotel semula untuk menikmati makan malam dan sesi latihan akhir anak-anak khas ini.





Pada sebelah malam pula diadakan acara perasmian pembukaan majlis dengan makan malam penganjur bersama-sama semua peserta dan penaja.