Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian ilmu pengajaran pendidikan khas.

Friday, November 25, 2016

The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities @Yangzhou, China : Day 6

Hari yang ditunggu-tunggu untuk pulang muncul jua, segala barang telah disusun rapi ke dalam beg. Paling penting ialah ‘cecair emas’ sebanyak 20 botol ingin memulakan perjalanan jauhnya. Selain rindu orang Malaysia, rindu makanannya juga. Seminggu di sana acah-acah jadi vegetarian bila makan di hotel. Makanan sangat banyak pilihan tetapi diragui status halalnya, nasib baik bekalan serunding daging dan sambal kentang dapat menyelamatkan keadaan....

Thursday, November 24, 2016

The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities @Yangzhou, China : Day 5

Cabaran terakhir pelajar hari ini ialah sesi pembentangan hasil kerja eCreative Challenge. Farah dan Nabil sebagai pembentang utama manakala Siti dan Naif mengawal paparan dan pergerakan permainan yang dihasilkan. Selesai sahaja pembentangan, mereka mendapat tepukan gemuruh daripada penonton. Hmmmmm nampak ada harapan di situ hihihihi tak sabar tunggu majlis penutup petang ni. Pasukan Malaysia telah berjaya merangkul...

Wednesday, November 23, 2016

The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities @Yangzhou, China : Day 4

Salji pertama tahun 2016 turun di bumi Yangzhou selepas subuh hari ke 3 kami berada di sini. Rezeki kami nak jumpa salji hari ini. Emosi semua anak-anak nampak stabil dan gembira setelah bertemu salji pagi ini. Stok EBM pun semakin meningkat kerana oxytocin hormone naik mencanak-canak kegembiraan barangkali.  Cabaran seterusnya hari ini ialah eCreative Challenge dan IT Forum untuk pengiring. Cuaca...

Tuesday, November 22, 2016

The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities @Yangzhou, China : Day 3

Hari pertandingan bermula dengan acara individu eTool Challenge pada sebelah pagi, jadual terpaksa diubah kerana masalah internet seterusnya eLifeMap challenge dan eDesign Challenge pada sebelah petang. Acara pertama, semua peserta Malaysia tiada apa-apa masalah dan emosi masih stabil. Semua pengiring tidak dibenarkan berada di dalam dewan pertandingan. Selepas acara eLifeMap selesai, Farah pelajar...

Monday, November 21, 2016

The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities @Yangzhou, China : Day 2

Semua peserta dikehendaki berkumpul pada jam 12.00 tengahari kemudian dibawa melawat sekitar bandar Yangzhou menaiki bas pada jam 2.00 hingga 6.00 petang. Sebanyak 4 buah bas disediakan untuk membawa para peserta, bas pertama dikhaskan hanya untuk kontinjen yang menggunakan kerusi roda. Kontinjen kami memilih menaiki bas nombor 3 bersama peserta daripada Indonesia dan Brunei. Perjalanan bas sangat lancar, tak de hiruk...