Sunday, January 1, 2017

Fail Rekod PdPc 2017

Tahun ini masuk tahun ke 8 aku menggunakan fail rekod mengajar dalam sepanjang perkhidmatan masuk tahun ke 10. Maknanya 2 tahun je la aku berjaya menulis buku rekod dengan tulisan tangan. Malas? Ya, aku memang la amat malas nak menulis sebab kadang aku sendiri pun tak faham tulisan sendiri. Adalah lebih baik aku buat fail tapi puas hati, sedap mata memandang barulah ada mood nak membaca.

Pada permulaan menggunakan fail, memang banyak isu yang timbul. Biasa la kan, bukan senang nak berubah. Antara isu yang paling ketara ialah:

  1. Tiada keseragaman antara guru yang menggunakan fail. Ada yang warna biru, hijau, kuning, kelabu asap dan macam-macam lagi.
  2. Isi kandungan fail tidak lengkap.
  3. Saiz fail yang tidak seragam.
  4. Refleksi yang dah ditaip terlebih dahulu. Haaaaa.. yang ni memang salah besar ya!
Oleh yang demikian aku mengambil beberapa langkah keselamatan untuk menyelamatkan diri dalam hal ehwal buku rekod mengajar ni.
  1. Scan buku rekod mengajar daripada muka surat hadapan, isi kandungan, pekeliling, lampiran hingga ke muka surat belakang kulit buku tersebut.
  2. Lepas tu print color cun cun punya.
  3. Susun dalam fail sebijik susunan buku rekod mengajar.
  4. Lagi cun aku dah tambah devider.
  5. Tambah cun letak Tag devider colorful.


Hahahaha perasan cun la kan... Tapi tahun ni beruntung sangat, tak payah buat semua di atas tu sebab pihak sekolah dah order fail bersama complete isi perut yang wajib. Sebab dah ada tamplet drp tahun-tahun sudah, guna gak la mana yang sesuai tak yah nak tulis.

Cover depan, belakang & tulang fail

Visi, misi & maklumat guru
  
Aku janji, takwim, buku rujukan, senarai nama pelajar
Berminat dengan tamplet isi kandungan rekod PdPc boleh dapatkan di sini dan cover di sini.☺

Format dan tamplet penulisan RPH boleh tengok di sini.

2 comments:

  1. asalamualaikum .. trma ksh ats perkongsian yg diberi.. kalau tidak keberatan, boleh saya dapatkan softcopy utk cover fail ?? sbb link yg diberi tu mengandungi item yg sama (isi kndungan)..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Terima kasih beritahu ya. Saya dah betulkan link cover tu.

      Delete