Sunday, January 15, 2017

Aplikasi Android Pendidikan Khas

Apps ‘Komputer Kami’ dibangunkan menggunakan perisian Adobe Flash bagi topik “Mengenal Bahagian-bahagian Komputer” sukatan pelajaran bermasalah pembelajaran Multimedia kurikulum Pendidikan Khas. .

Pemilihan teknologi dilihat dapat membantu mengurangkan kekangan, had dan kesukaran yang dihadapi oleh guru pendidikan khas untuk mengintegrasikan elemen hiburan dan pendidikan supaya menjadi unsur yang lebih menyeronokkan serta menarik minat mereka untuk belajar (Anuar, Daniel et al, 2014).

Selain itu, faktor persekitaran yang mempengaruhi penerimaan pelajar terhadap penggunaan apps menggunakan komputer tablet dalam proses pembelajaran turut diberi perhatian kerana faktor-faktor ini amat mempengaruhi keberkesanan penggunaan komputer tablet di kalangan MBK ke arah pendidikan abad 21.


  
 













0 comments:

Post a Comment