Friday, January 6, 2017

Cara Install Fonts di MS Word



Mungkin masih ada yang belum tahu cara nak install font, kalau dah tahu pun jom kita refreshJika ada diantara cikgu yang mendownload bahan dari blog ini, kadang kala bila dibuka di komputer anda, font akan berubah, ini kerana font yang digunakan untuk membuat bbm tersebut tidak diinstall dalam komputer anda. Jadi anda bolehlah mendownload font tersebut di sini untuk menjadikan bahan bbm yang didownload dari  blog ini mempunyai font yang sama seperti asal dengan bahan yang didownload.

Jika anda download fonts tersebut, cara install, extract dahulu > Select All (Ctrl+a) >copy (Ctrl+c) dan paste (Ctrl+v) pada file font dalam C:\WINDOWS\Fonts

Kita juga aboleh copy fonts daripada folder atau komputer lain ke komputer kita. Caranya seperti berikut :
  • Copy fail fonts yang dikehendaki dalam folder C:\WINDOWS\Fonts komputer sumber kemudian paste dalam pendrive.
  • Copy semua fail dalam folder pendrive tersebut.



  •  Buka Folder C:\windows\fonts


   

*Jika fail dalam windows tidak dipaparkan, tekan show the contents of this folder

  •   Paste semua fail fonts dalam folder C:\windows\fonts





Sekarang semua jenis fonts tadi sudah boleh dipilih dalam MS word seperti biasa.

1 comment:

  1. terima kasih cikgu.semoga diberkati Allah atas perkongsiann ilmu ini

    ReplyDelete