Monday, May 2, 2016

Taklimat ICT Challenge for Special Needs Johor


Surat panggilan ke taklimat Malaysia ICT Challenge for Special Needs peringkat negeri Johor di PPD Kulai membuatkan aku rasa “Wow! ICT Challenge apa lagi ni?”. Alang-alang menyeluk pekasam, biar la sampai pekasam digoreng dan di makan hehehe… Kita layan je la apa seterusnya. Just follow the flow, itu yang biasa aku buat dalam hidup aku. Hadir taklimat pada 2 Mei 2016, pertandingan pertandingan peringkat negeri pada 9 Mei 2016. Pertandingan peringkat kebangsaan akan berlangsung pada 24 -27 Mei bertempat di Kolej Matrikulasi, Banting manakala peringkat antarabangsa pada 20 – 25 November di Yangzhou, China.




Bayangkan la dalam masa seminggu aku nak kena cari dan latih murid berkeperluan khas (MBK) dalam empat acara ICT. eTool Challenge ialah acara individu yang melibatkan kemahiran penggunaan perisian MS Excel bagi pelajar masalah penglihatan dan perisian MS Power Point untuk kategori MBK yang lain. Acara individu eLifeMap Challenge ialah cabaran menggunakan kemahiran aplikasi internet. Acara berkumpulan secara berkumpulan iaitu seramai 4 orang setiap kumpulan ialah eDesign Challenge untuk merekabentuk poster menggunakan perisia MS Power Point dan eCreative Challenge membuat permainan interaktif menggunakan perisian Scratch 2.0. Acara guru eLearning Content membangunkan sebarang bahan bantu pembelajaran menggunakan sebarang perisian.

0 comments:

Post a Comment