Sebenarnya
apps “Komputer Saya” yang aku bangunkan tahun 2012 dalam persekitaran
Android telah diguna pakai dalam P&P mata pelajaran Multimedia Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran. Aku jenamakan semula apps ini sebagai
“Komputer Kami” untuk menyertai pertandingan tersebut. Aku cuma terfikir nak upgrade
apps yang aku dah bangunkan sendiri bermula tahun 2012 tapi tak
siap-siap. Kita bermula dengan reverse engineering dengan bantuan dua
orang pelajar SMK Bandar Kota Tinggi yang berminat untuk menyertai ialah
Muhammad Iqmar bin Abdullah (5 Sains 1) dan Muhammad Fitri bin Mohd Salh (5
Sains 2) membantu dalam melukis semula lakaran story board. Proposal
perlu dihantar sebelum 31 Januari 2016 untuk penilaian dan pemilihan. Pada
mulanya kami menyangka proposal kami tidak terpilih ke peringkat seterusnya
kerana sudah menganjak ke bulan Mac namun tiada khabar diterima. Bagaikan satu kejutan
berlaku apabila menerima panggilan telefon daripada UTM memaklumkan kumpulan
kami terpilih untuk pembentangan. Perjalanan STEM Apps Challenge
diteruskan dari satu fasa ke fasa yang lain.
Guru dan pelajar sekolah menyediakan idea, analisa masalah, rekabentuk
dan pembentangan awal rancangan aplikasi games yang akan dibangunkan.
Imlementasi pembangunan games dibangunkan oleh pelajar tahun 2 Grafik Komputer
UTM bagi kumpulan kami. Cabaran agak sengit, mereka perlu bersaing dengan
pelajar tahun akhir yang lebih berpengalaman dalam pembangunan games, namun
cabaran harus diteruskan.
0 comments:
Post a Comment