Friday, May 27, 2016

Malaysia ICT Challenge for Special Needs





Malaysia ICT Challenge for Special Needs peringkat kebangsaan adalah tahun ke tiga pertandingan ini dijalankan tetapi ini adalah kali pertama dibuka kepada Program Pendidikan Khas Integrasi sekolah harian. Kontinjen ICT Johor diwakili oleh 8 orang murid, 2 orang guru peserta dan 2 orang guru pengiring. Lagi sekali aku sekali aku babywearing di sana. Memandangkan jadual pertandingan yang agak padat, bayi pun dah pandai duduk, kali ini aku memilih menggunakan Soft Structured Carrier (SSC) iaitu alat penggendong bayi yang mempunyai buckle, tinggal ‘klik’ ‘klik’ siap. Bukan senang nak uruskan anak yang masih menyusu badan penuh, tetapi dengan alat gendongan yang ergonomik, perjalanan penyusuan susu ibu sepenuhnya boleh menjadi lebih mudah.



Penyertaan sulung kontijen negeri Johor membuahkan hasil pingat emas dan perak acara guru iaitu eLearning Content manakala murid pula memenangi pingat perak dan gangsa acara eLifeMap. Yeaayyyy aku menang lagi dan terpilih ke peringkat antarabangsa. Apa?? Pergi China? OMG OMG OMG! Cabaran seterusnya yang perlu ditempuh dalam melengkapkan perjalanan penyusuan susu ibu penuh 2 tahun. Wah! Sangat teruja, anak ke lima semakin banyak cabarannya.


0 comments:

Post a Comment