Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian ilmu pengajaran pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian bahan pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian maklumat pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian idea pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Sama-sama belajar meningkatkan kemahiran mendidik pelajar pendidikan khas.

Tuesday, December 31, 2019

eRPH menggunakan Portal Digital Learning KPM

Salam semua!

Lama tak memblogkan diri. Azam tahun baru 2020 semoga terus meningkatkan lagi mengekalkan momentum harapnya ๐Ÿ˜†

Cikgu-cikgu dah dapat ID Portal Digital Learning baharu kan.. Dah guna ke belum? Hakak sebelum ni dah guna eRPH Google Classroom sendiri-sendiri 2 tahun lepas kat sini . Bila dapat ID rasmi KPM ni teruja nak ajak semua cikgu-cikgu di Malaysia gunakannya. Ayuh!!!

Kalau dua tahun lepas berjaya mengajak 10% rakan sejawat buat eRPH, tahun lepas naik jadi 15%, tahun ni kita cuba naik jadi 100% pula insyaAllah.

Hakak buat ni untuk memudahkan cikgu-cikgu sekolah hakak nak rujuk, dan tak perlulah nak buat taklimat banyak kali. Kita buat flip classroom, tengok video dulu lepas tu masuk kelas bersemuka barulah PAK 21. Nak ajar murid PAK 21, cikgu pun kena la belajar secara PAK 21 dulu baru betul.

Langkah 1

Dah siap log masuk, buat folder semua maklumat dalam eRPH lepas tu kita urus pulak macamana nak sync offline dengan online drive.


Langkah 2

Dah setkan semuanya on track, jom kita sambung pengurusan eRPH melalui Google Classroom yang sangat awesome!

Langkah 3

Nak tau sambungan langkah 4 untuk data klik2 keluar? Atau nak step by step as admin?Yeaaayyy or nayyyy? ๐Ÿคญ

p/s: saya guna camtasia, dah simpan dari 2012 baru apply ini kali hihihi

Regards;
CikguLiz
#edufluencer

Tuesday, April 23, 2019

Parking Lot Online Menggunakan Padlet

Dah lama tak buka aplikasi atas talian Padlet ni. Seingat aku last buka tahun lepas, sekali log in hihihi 2 years ago dah rupanya๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… Gelak kat diri sendiri sampai tergolek!

Niat buka semula asbab buat lot parkir untuk bengkel Fun Learning Guru-guru Pendidikan Khas daerah Kota Tinggi kemudian daerah Hulu Selangor.



Lepas dapat maklum balas yang memberangsangkan, ada yang tanya macamana buat Padlet ni? Maka jom lah kita kongsi mana yang tau.. Moga bermanfaat.

Okey... mari kembali ke pangkal jalan. Aplikasi Padlet boleh digunakan untuk menyimpan rekod parking lot selepas PdPc. Selain daripada itu, sebenarnya banyak kegunaan Padlet ni dalam PdPc yan boleh kita pelbagaikan.



Contoh Penggunaan Padlet untuk itenari ke Singapura

Dalam Palet, selain boleh buat ala² sticky notes, boleh juga add on imej dan video untuk menambah informasi. Boleh juga guna dalam PdPc sebagai tugasan, murid perlu berfikir secara kritis untuk menyelesaikan tugasan dalam bentuk yang kreatif kemudian dipaparkan seperti Gallery Walk dan boleh juga diberi reward dengan meletakkan bintang. Secara tidak langsung proses kolaborasi dan komunikasi telah berlaku selain elemen kreativiti juga telah diterapkan. Nilai murni juga dapat diterapkan yang melengkapkan 4K+1N dalam PAK21.

Contoh galeri awam yang boleh disertai

Jom kita mula buat padlet wall kita sendiri. Langah pertama daftar dan log masuk Padlet. Kemudian terus make padlet.
Langkah 1

Langkah 2 : Pilih jenis padlet

Langkah 3 : Edit TAJUK, KETERANGAN dan latarbelakang

Langkah 4 : Setkan akses pengguna

Langkah 5 : Setkan privasi padlet

Langkah 6 : Siap!

Langkah 7 : Share padlet anda

Langkah 8 : Simpan dan print QR code untuk dikongsi

Pengguna yang telah berkongsi padlet hanya perlu klik tanda '+' untuk tampal 'sticky note maya'

Mudah ke mudah ya nak buat sticky note parking lot secara maya ni ya? Kalau mudah... jom belanjer ahkak emoji comel!

Oh ya, oleh kerana Padlet ni aku guna yg free version, ia ada limitasi. Untuk mengatasi limitasi tersebut, simpan la padlet anda dalam status 'archive'.