Saturday, February 3, 2018

eRPH Pendidikan Khas Sekolah Menengah 2018

Bismillahirrahmanirrahim...


Dah sebulan sesi persekolahan tahun 2018 baru nak menyempatkan diri share Rancangan Pengajaran Harian versi terbaru. Hihihi terbaru la sebab penambahbaikan daripada RPH lama kat sini jadi eRPH. Sebelum cuti sekolah tahun lepas, pengetua ada sebut tentang eRPH dalam frog VLE. Aku ada juga survey kawan-kawan yang dah buat eRPH tapi belum ada seru lagi kot nak mula. Ada yang guna Frog VLE bersama GDrive Yes, ada guna GDrive sendiri, ada yang guna GDrive dalam Google Classroom dan ada yang guna GDrive Sahabat Guru Malaysia. Bila dah mula ada nama eRPH dipetik dalam sekolah maka kita pun mulalah study kaedah apa, macamana, apa keperluan eRPH ni. Minggu pertama cuti sekolah hujung tahun menjebakkan diri ke KL Edtech 2017 yang berlangsung di Brickfields Asia College PJ. Dapat la juga top up dan refresh kat sana untuk dibawa pulang.

Ok, intro panjang pulak. Setelah dikaji, ditolak, ditambah, ditimbang tara maka pilihanku eRPH menggunakan Google Drive dalam persekitaran Google Classroom. Niat di hati nak buat syiok sendiri je tahun ni, rupanya bila pengetua dapat tahu, dipaksarelakan semua cikgu join sama buat. Dengan aku masih merangkak-rangkak, kena pulak taklimatkan yang lain. Layan je la, maka lambat la juga post ni diterbitkan.


Penanda buku 'Cara pantas guna Google Classroom' ihsan design by Cikgu Roiamah dah diubahsuai


eRPH ni taip dalam Google Sheets simpan dalam Google Drive dan hantar melalui Google Classroom. Ramai yang nampak terkejut kenapa nak taip dalam cell, jawapannya sebab ia MUDAH!, lebih kurang sama macam Excel walaupun selalu sangat tersalah tekan shortcut key 😸. Masih nak adapt guna eRPH ni, sama-samalah belajar dan mengajar ☺

Segala dokumen yang perlu ada melengkapkan eRPH

eRPH ni separa automatik, ada bahagian hanya klik-klik siap, ada sebahagian kita kena taip ikut keperluan. Data yang klik-klik siap tu link dengan RPT, jadi cikgu kena la rancang RPT sebaik mungkin mengikut keupayaan tahap murid PPKI kita ya cikgu! Tab RPT tu boleh edit, tapak yang disediakan ni ada 19 matapelajaran teras dan elektif PPKI sekolah menengah berpandukan KSSMPK dan ada juga Kurikulum Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran.


eRPH dalam Google Sheets
Kalau ada sesiapa berminat, boleh contact personal message telegram @hailiz untuk maklumat lanjut 

9 comments:

  1. assalam.. saya berminat nak tahu mcm mana cara nak buat erph ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam..boleh contact personal message telegram saya @hailiz atau email saya halizah.ahmad@gmail.com untuk maklumat lanjut ☺

      Delete
  2. Replies
    1. Maaf, baru perasan komen ni. Tak perlu sedut2. Bahan online guna akaun google. Boleh contact saya, nanti saya share. Hanya akaun gmail sahaja ya kalau nak fully function, dokumen dalam google sheets. Kalau transfer ke Excel tak jamin 100% function.

      Delete
  3. well done DAH ADA SHARING KAT SINI.TQVM

    ReplyDelete
  4. Mohon ilmu erph ni cikgu. bagaimana nak mula?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu boleh refer sini juga http://cikgulizpendidikankhas.blogspot.com/2019/12/erph-menggunakan-portal-digital.html

      Delete