Next, fokus untuk latihan berpusat kontinjen Malaysia yang dijalankan di
SMPK Vokasional Shah Alam yang dijadualkan latihan setiap bulan hingga November
2016. Oleh kerana tiada peruntukan tuntutan elaun perjalanan sepanjang sesi
latihan, pada sesi pertama latihan aku memilih untuk menggunakan perkhidmatan
awam iaitu bas dan teksi untuk sampai ke sana. Misi membawa pulang stok
seminggu susu ibu juga berjaya dilaksanakan.
Kontinjen
Malaysia diwakili oleh MBK fizikal iaitu Muhammad Nabil bin Harmylis (SMK Dato’
Sheikh Ahmad, Perlis), MBK penglihatan iaitu Muhammad Naif Aziman bin Mohd
Fadzeli (SMK Derma, Perlis), MBK pendengaran iaitu Siti Zahirah binti Sahar
(SMPK Vokasional Shah Alam) dan MBK pembelajaran ialah Nur Farah Syiffa binti
Mohd Khairul Ariffin (SMK Kompleks KLIA, Negeri Sembilan). Barisan jurulatih
dibantu oleh Pn Izani Ainun binti Ahmad Zaini (SMPK Vokasional Shah Alam), En
Abdul Halim bin Mohd Nasa (SMK Kompleks KLIA, Negeri Sembilan), En Jamzulnazlim
bin Jamaludin (SK Simpang Ampat, Perlis) dan aku sendiri.
Latihan berfokus kepada peruntukan masa, teknik,
strategi, kemahiran dan kerjasama antara peserta dalam semua acara. Peserta
juga dibekalkan tugasan untuk dibawa balik sebagai latih tubi perlu dihantar
pada sesi latihan berikutnya. Sepanjang sesi latihan yang diadakan dapat
merapatkan hubungan sesama peserta dan memahami tingkah laku antara satu sama
lain. Dari sinilah aku tahu Farah sangat sensitif dengan bunyi-bunyi yang boleh
mengganggu dirinya seperti bunyi mesin rumput dan ketukan orang menukang. Dia
tidak boleh mengawal diri, menangis, mengamuk bila mendengar bunyi tersebut.
0 comments:
Post a Comment