Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian ilmu pengajaran pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian bahan pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian maklumat pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian idea pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Sama-sama belajar meningkatkan kemahiran mendidik pelajar pendidikan khas.

Saturday, March 26, 2016

Pitching Session STEM Apps Challenge



Sebenarnya apps “Komputer Saya” yang aku bangunkan tahun 2012 dalam persekitaran Android telah diguna pakai dalam P&P mata pelajaran Multimedia Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran. Aku jenamakan semula apps ini sebagai “Komputer Kami” untuk menyertai pertandingan tersebut. Aku cuma terfikir nak upgrade apps yang aku dah bangunkan sendiri bermula tahun 2012 tapi tak siap-siap. Kita bermula dengan reverse engineering dengan bantuan dua orang pelajar SMK Bandar Kota Tinggi yang berminat untuk menyertai ialah Muhammad Iqmar bin Abdullah (5 Sains 1) dan Muhammad Fitri bin Mohd Salh (5 Sains 2) membantu dalam melukis semula lakaran story board. Proposal perlu dihantar sebelum 31 Januari 2016 untuk penilaian dan pemilihan. Pada mulanya kami menyangka proposal kami tidak terpilih ke peringkat seterusnya kerana sudah menganjak ke bulan Mac namun tiada khabar diterima. Bagaikan satu kejutan berlaku apabila menerima panggilan telefon daripada UTM memaklumkan kumpulan kami terpilih untuk pembentangan. Perjalanan STEM Apps Challenge diteruskan dari satu fasa ke fasa yang lain.


Guru dan pelajar sekolah menyediakan idea, analisa masalah, rekabentuk dan pembentangan awal rancangan aplikasi games yang akan dibangunkan. Imlementasi pembangunan games dibangunkan oleh pelajar tahun 2 Grafik Komputer UTM bagi kumpulan kami. Cabaran agak sengit, mereka perlu bersaing dengan pelajar tahun akhir yang lebih berpengalaman dalam pembangunan games, namun cabaran harus diteruskan.