Tuesday, April 21, 2015

TERAPI BERKUDA MURID BERKEPERLUAN KHAS

Image may contain: 1 person, horse, tree and outdoor

PENDAHULUAN

Terapi dalam Pendidikan Khas adalah salah satu kaedah untuk membantu seseorang murid untuk bergerak balas terhadap sesuatu aktiviti atau kemahiran. Ia bertujuan untuk membantu murid berkeperluan khas dalam mencapai perkembangan dari segi kognitif emosi, sosial dan psikomotor. Program ini adalah selaras dengan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-peraturan (Pendidikan Khas) 1997 Bahagian II 3(2) yang menyatakan ’guru-guru boleh mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas’. Hal ini perlu bagi mewujudkan suasana persekitaran yang interaktif dan kondusif supaya dapat menghasilkan situasi  sebenar, menggembirakan, selamat dan berkesan dalam masa pengajaran dan pembelajaran. Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SMK Bandar Kota Tinggi telah merancang program Terapi Berkuda untuk pelajar Pendidikan Khas bagi memenuhi matlamat tersebut.

Image may contain: one or more people, horse and outdoor

MATLAMAT

Dapat membantu murid berkeperluan khas meningkatkan nilai-nilai dalam aspek kehidupan serta meneruskan proses perkembangan diri yang lebih baik ke arah kedewasaan yang mantap.

Image may contain: 1 person, outdoor 

OBJEKTIF

Pada akhir aktiviti, pelajar boleh :
  1. Meningkatkan perkembangan fungsi kognitif, emosi, sosial dan psikomotor murid berkeperluan khas.
  2. Menguasai kemahiran-kemahiran tertentu yang bersesuaian dan berkaitan dengan kehidupan seharian.
  3. Berinteraksi sesama rakan lain khususnya dan juga masyarakat luar amnya dalam perekitaran pembelajaran yang ceria dan menyeronokkan.
Image may contain: 1 person, horse and outdoor 

JANGKA MASA PROGRAM

Hari           :           Selasa minggu ke-4
Tarikh        :           Mac – Ogos 2015

Masa          :           7.00 pagi – 2.30 petang

Image may contain: one or more people, sky, outdoor and nature

0 comments:

Post a Comment