Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian ilmu pengajaran pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian bahan pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian maklumat pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Perkongsian idea pendidikan khas.

Blog cikgu Pendidikan Khas

Sama-sama belajar meningkatkan kemahiran mendidik pelajar pendidikan khas.

Tuesday, April 23, 2019

Parking Lot Online Menggunakan Padlet

Dah lama tak buka aplikasi atas talian Padlet ni. Seingat aku last buka tahun lepas, sekali log in hihihi 2 years ago dah rupanya๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…๐Ÿ˜… Gelak kat diri sendiri sampai tergolek!

Niat buka semula asbab buat lot parkir untuk bengkel Fun Learning Guru-guru Pendidikan Khas daerah Kota Tinggi kemudian daerah Hulu Selangor.



Lepas dapat maklum balas yang memberangsangkan, ada yang tanya macamana buat Padlet ni? Maka jom lah kita kongsi mana yang tau.. Moga bermanfaat.

Okey... mari kembali ke pangkal jalan. Aplikasi Padlet boleh digunakan untuk menyimpan rekod parking lot selepas PdPc. Selain daripada itu, sebenarnya banyak kegunaan Padlet ni dalam PdPc yan boleh kita pelbagaikan.



Contoh Penggunaan Padlet untuk itenari ke Singapura

Dalam Palet, selain boleh buat ala² sticky notes, boleh juga add on imej dan video untuk menambah informasi. Boleh juga guna dalam PdPc sebagai tugasan, murid perlu berfikir secara kritis untuk menyelesaikan tugasan dalam bentuk yang kreatif kemudian dipaparkan seperti Gallery Walk dan boleh juga diberi reward dengan meletakkan bintang. Secara tidak langsung proses kolaborasi dan komunikasi telah berlaku selain elemen kreativiti juga telah diterapkan. Nilai murni juga dapat diterapkan yang melengkapkan 4K+1N dalam PAK21.

Contoh galeri awam yang boleh disertai

Jom kita mula buat padlet wall kita sendiri. Langah pertama daftar dan log masuk Padlet. Kemudian terus make padlet.
Langkah 1

Langkah 2 : Pilih jenis padlet

Langkah 3 : Edit TAJUK, KETERANGAN dan latarbelakang

Langkah 4 : Setkan akses pengguna

Langkah 5 : Setkan privasi padlet

Langkah 6 : Siap!

Langkah 7 : Share padlet anda

Langkah 8 : Simpan dan print QR code untuk dikongsi

Pengguna yang telah berkongsi padlet hanya perlu klik tanda '+' untuk tampal 'sticky note maya'

Mudah ke mudah ya nak buat sticky note parking lot secara maya ni ya? Kalau mudah... jom belanjer ahkak emoji comel!

Oh ya, oleh kerana Padlet ni aku guna yg free version, ia ada limitasi. Untuk mengatasi limitasi tersebut, simpan la padlet anda dalam status 'archive'.