Kemenangan demi kemenangan meniupkan
semangat untuk mencuba lagi sesuatu yang baharu dalam hidup aku. Kali ini kita test
market inovasi pulak di pertandingan Hari Inovasi IPG Peringkat Kebangsaan
anjuran IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.
Kali ini “Kit
Pembelajaran Komputer Saya” digabungkan bersama “Kit Pembelajaran Huruf
Al-Quran” yang mempunyai video pembelajaran, real time games yang
dibangunkan menggunakan perisian Scratch 2.0, buku latihan bergred dan puzzle Tarsia. Aku tidak dapat turut
serta semasa sesi pembentangan berlangsung dan diwakili oleh rakan sejawat En
Zahari bin Satari dan Pn Norlida Hashim kerana berada di Shah Alam untuk
latihan The 2016 Global IT Challenge for Youth with Disabilities.
Rezeki Anugerah Perak diperolehi untuk
penyertaan inovasi kali pertama berkumpulan. Lesson learnt, aku dah
dapat bezakan keperluan dan kehendak berbeza setiap pertandingan. Inovasi mesti
dipasarkan, orang lain berkongsi sama kelebihan hasil inovasi, bukan setakat
buat dan guna pakai sendiri sahaja.